Wednesday, December 31, 2014

Slow Ride je.....RX100

Motosikal Yamaha RX100












Slow Ride ......hanya hujung minggu....

Thursday, November 20, 2014

Bismillah....
Kerja Malaikat
Setiap malaikat ada tugas mereka tersendiri.
Ada yang ditugaskan menurunkan menurunkan hujan. Ada yang ditugaskan mencatit amalan manusia. Ada yang ditugaskan menjaga Mekah dan Madinah daripada Dajal.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
إن لله ملائكة سياحين يبلغوني عن أمتي السلام
"Sesungguhnya Allah memiliki MALAIKAT yang bertebaran (di bumi) , MENYAMPAIKAN SALAM kepadaku daripada ummatku" [Musnad Ahmad 6/183]

Tugas kita adalah berselawat kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Tidak perlu kita ambil tugas malaikat. Mereka pasti akan sampaikan selawat yang kita sendiri sebutkan.
Lebih pasti, cepat dan dijamin sampai.

Berusahalah untuk memperbanyakkan berselawat kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Semoga Allah berikan rahmat kepada kita.
~Ust Abu Anas~


ALLAHUMMASALLIA'ALA MUHAMMAD

sabda Nabi Muhammad SAW: 
barangsiapa yang bersalawat kepada ku 10x pagi dan 10x petang , maka ia akan beroleh syafaat ku pada hari Kiamat.

Wednesday, November 19, 2014

Smoga kita ditempatkan dalam hamba-hamba nya yang sentiasa bersyukor dengan apa yang ada. Janji Allah itu benar dan pasti....redho dengan ketentuan yang Allah berikan....Allah yang lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui......itulah ciri-ciri hambanya yang beriman kepada Hari Akherat.
Perbanyakkan bersedekah dan ikhlas dalam apa jua pun.....pasti kita akan tuai hasil nya nanti di sana.....

Sunday, November 16, 2014

Klinik Usahawan : Dr Azizan Osman

Program yang menjadi idaman Ku.......Menjadi orang yang berjaya ....tapi ...tindakan dan pengorbanan yang jitu dan konsisten perlu di mulakan .....langkah pertama.....baru hadir langkah kedua.......dan langkah yang ke seterusnya.....

Sunday, July 14, 2013

RAMADAN DATANG LAGI.....

Selamat datang bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan  berkah. 
Tahun ini aku berkesempatan untuk beribadat 
dan bertahajud dengan mu,
manusia bergelar insan.....tidak lekang dek buat dosa dan maksiat....maksiat mata,
maksiat telinga, maksiat tangan, maksiat lidah 
dan macam2lagi lah,
Syukor ku tidak terkira ,,,di izinkan ALLAH SWT  sempat berada dalam bulan berkah...Ramadan al mubarak
Biar hari ku bajai....tanam....dan esok di akherat ...dapat ku tuai ...
Ya ALLAH,
Ya RAHMAN,
Ya RAHIM,
terimalah amal ku,
berkah lah hidup dan keluargaku,
berkah lah dimana ku habiskan sisa umur ku,
berkah dan semaikanlah ikhlas ku
supaya menjadi visa bagi di sana...akherat kekal abadi..
Ya Ramadan, Ahlan Wa Sahlan....dengan keberkatan Mu,
Supaya di ampunkan dosa ku, isteri dan anakku, kedua ibu bapaku,guru-guruku, jiran-jiranku, sahabat-sahabatku
Ya Ramadan...terima seadanya aku ini
supaya bahagia di dunia 
dan selamat di akherat.....amin

Tuesday, October 30, 2012

Ekspo Kerjaya Bersama Agensi Kerajaan(Perkhidmatan Awam)

Ekspo Kerjaya Perkhidmatan Awam di buka pada 30-31 hb Oktober 2012 di Kompleks Belia dan Sukan, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.
Penglibatan daripada agensi kerajaan yang lain dan memberi info serta cara-cara permohonan kerja secara online.
kemudahan tersebut jangan lah dilepaskan dan semua maklumat dan peluang terbuka luas di ekspo tersebut.



 Hadiah yang tidak ternilai...bola yang telah di sain oleh PM kita di letak khas dalam bekas kaca.





Datang Beramai2 bagi yang nak cari pekerjaan ......jom ........jom.....

Monday, October 29, 2012

Pensyarah UNIMAS menghasilkan Gula daripada Sagu

Hasil daripada Penyelidikan pensyarah Prof.Madya Dr Kopli Bujang dan rakannya Prof. Emeritus Dr.Ayaaki Ishizaki dari Universiti Kyushu telah menghasilkan gula daripada pohon sagu yang sudah sinonim dengan sarawak. Pohon sagu di hasilkan dijadikan tebaloi, embuyat, sagon dan lain2.
Kajian bermula tahun 1999 dan laporan pertama diterbitkan dalam Laporan tahunan IC Biotech Universiti Osaka pada tahun 2000.
Melalui proses berteknologi tinggi selama 4 jam(hidrolisis menggunakan enzim keatas kanji sagu /90 darjah Selsius)  1KG SAGU = 1KG GULA
 SAGU yang telah diproses
 gula seharian kita

pohon sagu
Penemuan terbaru dalam menghasilkan gula sagu dalam meningkatkan nilai ekonomi negara .