Tuesday, February 15, 2011

Minuman Ber gas (Aik Me Cess)

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran dijangka akan menyediakan garis panduan (Datuk Rosnah Abdul Rasid  Shirlin, Timbalan Menteri kesihatan berkata;)
bagi kantin sekolah termasuk melarang menjual minuman berkarbonat berjenama minuman bertenaga di sekolah.Berdasarkan kajian pakar mendapati kandungan utama minuman berkarbonat (setiap 325 mililiter) dan bertenaga mengandungi gula (20-40gram) yang dikategori tiada khasiat untuk kita.
Namun kita leka dan memandang rendah mengenai pemakanan dan minuman yang berkhasiat untuk kesihatan kita.Kalau waktu perayaan, boleh dikatakan setiap rumah (contohnya di Kuching) akan menghidangkan minuman berkarbonat kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Sikap begini hendaklah di ubah . Kita boleh hidangkan air yang di bancuh sendiri dan kita dapat mengawal kandungan gula tersebut. Sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan pengambilan gula kita dalam minuman seharian.

Pendapat saya, kita hendaklah menyokong usaha kerajaan demi menjaga kesihatan kita. Usaha daripada rumah (keluarga) juga teramat penting, di mana info-info kesihatan dititikberatkan terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang termasuk meningkatkan berat badan yang menyebabkab kegemukan.

Pengambilan  berlebihan minuman bertenaga dikatakan akan menyebabkan pelbagai penyakit antaranya Kencing manis.

sila renung-renungkan, wahai sahabat ku.

No comments:

Post a Comment