Monday, February 14, 2011

Tapai Ubi Pencegah Kanser


Siapa yang pernah makan tapai ubi, mak saya memang selalu buat, kalau ada ubi lah.
Tapai ubi memang sedap kalau di makan bersama kopi panas, Ia dibuat daripada ubi rebus dan di peram bersama ragi (ragi Kpg Meranek, Kota Samarahan).
pembalut ragi ada daripada daun nipah, daun keladi dsb.
Penemuan terbaru , makanan tersebut berpotensi untuk mencegah kanser kerana kandungan bakteriosin di dalam tapai tersebut.Kajian daripada Universiti Putra Malaysia(UPM) mendapati bakteriosin (sejenis protin) yang terhasil melalui proses penapaian secara tidak langsung memberi kesan positif atau dapat mengubati kanser tersebut.
Kajian awal mendapati tapai ubi berpotensi untuk mencegah tujuh penyakit kanser termasuk payu dara,servikal, ovari dan leukimia.Petikan daripada kata2 Dr Latifah Saiful Yazan,33, Pensyarah Fakulti Kesihatan dan Sains Kesihatan,UPM.Penyelidikan juga dibuat oleh Prof. Madya Dr Foo Hooi daripada fakulti Bioteknologi,UPM.Turut serta ialah Prof.Madya Dr Raha Abdul Rahim yang telah melakukan kajian terhadap bakteriosin tersebut dan mendapati adanya aktiviti anti mikro. ini bermaksud bakteriosin boleh membunuh mikroorgnisme tertentu contohnya pathogenic microb organism yang penyebabnya sesuatu penyakit.,
Bakteriosin tapai ubi juga mampu bertahan dalam suhu yang tinggi iaitu 121 darjah Celsius.
semoga kajian daripada saintis dan pakar perubatan kita dapat mencari ubat untuk mengubati kanser (penyakit yang merbahaya)

petikan daripada rujukan majalah jelita Mac, 2005 
nota: rajin -rajinlah makan tapai ubi untuk kawan-kawan di opis dan orang di rumah. tak rugi pun.

1 comment: