Monday, March 7, 2011

NOPENG di Sarawak

MARI MUKUN
Majlis Perkahwinan yang sering di buat di Kuching, Sarawak , sememangnya tidak sah atau sik berseri kalau tidak bermukun. Bermukun di mainkan ketika malam, bertujuan untuk berhibur bagi yang datang dan yang berkerja keras dalam menjayakan majlis perkahwinan tersebut.
Zaman Sekarang , majlis perkahwinan sudah beralih ke arah BUDAYA LAMA iaitu bermukun, kerana kesedaran mengenai budaya melayu lama ini hendaklah kita jaga dan pelihara
Pantun melayu sarawak lama  sering di mainkan oleh pemukun kita, yang tidak asing lagi di Kuching, contoh pemukun kita iaitu Pak Wa berasal daripada Kpg Iboi.Kota Samrahan.
Tanam selasih tepi perigi
rumah merah berpagar batu
hidup ini jangalah mati
ada hayat, kita bertemu

tanam kelapa, kelapa puan
ada juga kelapa bali
kalau sayang padamu tuan
kasih ku padamu tuan, siapa lagi

ini lagu serampang laut
di pakai orang setiap hari
layar dikembang, kemudi dipaut
ada masanya mencapai tepi

bukan mukun sebarang mukun
mukun diolah di tepi telaga
bukan pantun sebarang pantun
pantun kita bersuka ria


Mak gendang sedang bertukuk.

Pak wa sedang mengesek biola kesayangannya








 ramai peminat Pak Wa ni, menghayati geselan biola






lagu sedang rancak dibunyikan, pantun di alun tanda bermulanya mukun






Sidak yang sedang bertandak dengan pelbagai gaya. hilang masalah bila masuk gelangang tok. ehhhh...sampe pagi, bukak kepak, pusing...pusing...


















ahli zikir berkumpul dengan marhaban nya

ahli marhaban pihak wanita juga ada , sik mauk alah sidak tok. tapi berkat

al wakil keras, memang penting sebagai palak rumah

sanak saudara jauh dan dekat datang ziarah majlis perkahwinan tersebut


Orang penting juga tidak ketinggalan, sidak berbasuh tapak mangkok. ya maok di basuh sampai habis majlis. Sidak berbasuh kenak diberi makan dulu. energi......
ada sesetengahnya, caj cap apek lok, baru laju....mun dapat iboh cam ya


Sidak kompang juga penting untuk ngiring pengantin. tukuk 1....tukuk 2....tukuk 3... ya maok tauk ya

yang pastinya diharapkan agar setiap majlis perkahwinan yang dilangsungkan tak kira di mana ia dibuat agrar berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.
maklumat:
Sila layari pesta mukun di Radio Sarawak, Setiap Malam Ahad, setiap minggu. Semua pemukun daripada pelbagia pelusuk ceruk akan diketengahkan dalam program tersebut. Lagu dan Alunan yang dibuat dalam bentuk berbeza.

1 comment: