Sunday, May 29, 2011

Jawatan kosong di Pustaka Negeri Sarawak

cepat cepat jangan leka lagi, berusaha....caiyo

Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
2. Penolong Akauntan Gred W27

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan hendaklah beserta dengan butir-butir peribadi (curriculum vitae) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050 Kuching

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Jun 2011

I JUNE, GAWAI BERMULA


PERAYAAN GAWAI
GAWAI SECARA UMUMNYA MERUJUK KEPADA PESTA MENUAI YANG DI SAMBUT OLEH MASYARAKAT IBAN,BIDAYUH DAN ORANG ULU DI SARAWAK MENANDA TAMATNYA MUSIM MENUAI PADI.
Antara jenis Gawai ialah gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan yang terkenal iaitu Gawai Antu.
Pesta Gawai di sambut dengan besar-besaran di Sarawak dan di sertai dengan persembahan tarian seperti tarian Ngajat, minuman tuak, sejenis arak daripada beras.
Jom Ngabang, biasanya bila kita hendak pegi menziarahi rumah kawan –kawan dan sahabat handai yang menyambut hari Gawai bermaksud bertandang.
Kalu nak melihat dengan meriah pesta Gawai diraikan , pergilah ke rumah panjang contohnya Sri Aman, Betong , Kanowit, Julau, Simanggang dan banyak lokasi lain. Sungguh meriah . bermacam aktiviti seperti pertandingan karoeke, Ratu Kumang Gawai, masakan tradisional dan banyak lagi yang akan diraikan bila kita berkesempatan bertandang  ke lokasi mereka.
Kebiasaannya gadis –gadis cantik berpakaian tradisional akan meraikan tetamu bila kita ngabang ke rumah panjang. Sudah pastinya tuak akan dihulurkan. Namun sekarang tetamu yang tidak meminum tuak akan diganti dengan air minuman bergas seperti coke dan lain-lain.

Yang Penting , di waktu perayaan , DON’T DRINK & DRIVE

MENGENANG KEHEBATAN P.RAMLEE




Pada 29 Mei 2011,Genap 36 tahun Seniman Agung, Tan Sri P.Ramlee meninggal dunia.Namun semua karya seninya tak pernah jemu dan lihat walaupun beratus-ratus kali. Kehebatannya tiada tolok bandingan nya dan sehingga kini masih tiada penganti yang setanding dengan kehebatannya.Bagi seniman seangkatan dengan nya, mungkin hari tersebut  mereka akan mengimbau kembali kenangan bersama P.Ramlee, ada juga mengadakan majlis tahlil dan sebagainya.
P.Ramlee akan terus menjadi ikon kepada generasi muda . Kita boleh Tanya dengan budak , siapakah tak kenal P.Ramlee.Semua lakonannya menjadi tauladan dan nasihat secara tidak langsung kepada generasi kita , generasi baru supaya mengambil pengajaran dan tunjuk ajar walaupun di dalam filem.
Filem Seniman Bujang Lapok, Pandekar Bujang Lapok,Labu-Labi, Nasib Labu-Labi,Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, dan banyak lagi.
Kita boleh hafal setiap dialog yang dilafaz oleh P.Ramlee.
Penghargaan terus diberi kepada Allahyarham Seniman P.Ramlee daripada kerajaan Negeri Sarawak Iaitu Darjah Utama Yamg Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009.
Kehebatannya patutlah kita ingati dan sanjungi sehingga mengharumkan nama bangsa melayu sendiri dan Malaysia di mata dunia.
Al Fatihah , mohon disedekahkan kepada Allahyarham Seniman P.Ramlee  semoga ditempatkan dalam golongan yang Berjaya dunia dan akherat. Amin.



Friday, May 27, 2011

HARI SUKAN TASKI ABIM

Pagi ni ,Baru je menghadiri  Sukan Tahunan anjuran Taski Abim di Stadium Mini  Majlis Bandaraya Kuching Selatan(MBKS).
Semua Cawangan Taski Abim di Kuching menghantar si cilik. Siap dengan persiapan pakaian, ikat kepala,baju warna warni.
Fikir ku, mereka ni semua bakal -bakal pewaris negara, kalau di asah daripada kecil. tak mustahil mereka satu hari nanti akan jadi penganti Perdana Menteri.
Stadium Mini  Majlis Bandaraya Kuching Selatan(MBKS)terletak di bandaraya kuching, susah juga kalu tak biasa dengan jalan nak ke sana.Tapi semangat ibubapa yang menghantar anak-anak mereka untuk bersama-sama memeriahkan hari tersebut amat di puji dan patutlah diberi ucapan tahniah.Ambil sedikit masa bersama anak-anak untuk hari sukan, mungkin akan dikenang oleh anak mereka seumur hidup. 
Biasalah kalu anak kecil bercerita tentang cerita terbaru dan sensasi.jika bersama kawan -kawan se angkatan dengan nya. tak mahu kalah. masing-masing nak menang.
Semoga kemeriahan Hari Sukan Taski Abim, Cawangan Kuching akan diperhebatkan dan diharap aksi -aksi si cilik dapat dicungkil dan diasah oleh pengajar-pengajar.
MAJULAH TASKI ABIM UNTUK MENCORAK ANAK BANGSAMU
 Stadium MBKS, Jalan Kemajuan, Bintawa Industrial, Kuching
 Kanak-kanak bersukan
Perbarisan

Thursday, May 26, 2011

Mohon Bantuan Daripada Anda


Begitulah nasib warga emas, Ismail Ahmad, 97, yang hanya mampu terbaring selepas diserang angin ahmar kira-kira tujuh bulan lalu. Lebih menyedihkan, anak perempuan yang menjaganya, Habsah Ismail, 57, kudung kedua-dua belah kaki daripada pangkal peha sejak dilahirkan.
Tinggal di kediaman using, atap yang bocor.Bila hujan , bocor sana, bocor sini.Faham-fahamlah bila atap bocor , hujan turun, memang sibok mencari tadahan hujan. Bayangkan bila tempat warga emas, Ismail Ahmad, 97 terkena hujan dan basah.
Selain Habsah dan bapanya, rumah usang yang dibina semasa Ismail masih muda itu turut didiami anak Habsah iaitu Mazlan Mohd Yunus, 27, dan Zulkifli, 26.
Malang bertimpa apabila Mazlan menghidap penyakit jantung menyebabkan dia tak mampu bekerja dan keluarga itu terpaksa bergantung harap kepada Zulkifli dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan.
Keluarga tersebut menerima bantuan sebanyak RM150 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun wang sebanyak itu hanya boleh dihabiskan untuk belanja dapur mereka empat beranak.
Oleh Amir Abd Hamid amir@hmetro.com.my

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Mazlan di 017-333 1202 atau ke rumah mereka di Lot 7395, Kampung Sungai Pinang, 42920 Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

PERISTIWA LUCU TAPI SEDIH

PERISTIWA LUCU TAPI SEDIH
Sahabat saya seorang Imam masjid,pendakwah dan juga seorang jurunikah di  salah satu qariah di Ampang Selangor menceritakan satu kisah lucu tetapi menyedihkan di satu majlis pernikahan yang baru dia sempurnakan minggu lepas di sebuah masjid.
Biasalah sebelum memulakan akad nikah jurunikah akan meminta bakal suami membaharui syahadah  nya dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Maka bakal suami ni mula nak melafazkan syahadah tetapi nampak terkial kial Dia  asyik toleh ke kiri dan ke kanan seolah olah nak  minta bantuan dari orang sebelah tetapi mungkin malu.
Dengan teragak agak dia pun mula melafazkan syahadah dengan sebutan yg lintang pukang telo, bahasa Bangla.Jurunikah pun hairan dan berkata dalam hati, rakyat Malaysia kah orang ini? Apabila diperiksa Kad Pengenalan memang sah orang Melayu.
Berkali kali jurunikah  ajar dia mengucap dgn betul tetapi tak boleh juga dia sebut dengan betul.Macam mualaf aje.Lama kelamaan  jurunikah kata tak apalah dulu, lalu minta dia cuba lafazkan erti syahadah dalam bahasa Malaysia.Ini terjemahan dua kalimah syahadah yang di lafazkan si bakal suami itu “SAJA AKU MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH DUA RAKAAT KERANA AULLAH”.Jurunikah tersentak kerana tak pernah jumpa hal macam ini.
Para hadirin tidak boleh tahan lalu ketawa besar walaupun sedar mereka sedang berada di dalam dewan masjid.Sahabat saya pun (jurunikah tu) nak ketawa juga tetapi dgn susah payah menahannya.Dia kata memang lucu tetapi sedih kerana sudah pasti di luar sana ada lebih ramai lagi pemuda saperti ini yang tidak reti mengucap . Renung renung lah…………
Daripada: Amri el Wahab

Sebagai kesimpulan dan pengajaran kita sebagai muslim dan umat islam. Janganlah kita sering mempersendakan sesuatu yang kita tak tahu ujung pangkal. Kalu boleh , hendaklah kita bimbing dan tunjuk bagaimana caranya.Kita sepatutnya sedih bila melihat dan memahami peristiwa di atas.sebab ia memang benar-benar berlaku di dalam masyarakat kita sekarang ini.Kalimah shadah melanggar batang hidung pun kita tak kenal. Bagaimana kita hendak mengucap bila nyawa kita di hujung kerongkong waktu sakaratullmaut. NAUZUBILLAH.
Semoga kita diberi petunjuk dan hidayah agar tergolong dalam insan bertakwa, beruntung dunia dan akherat.

Wednesday, May 25, 2011

Masakan tradisional(Buah Jering)

Petang tu , ku lihat mak mengupas buah jering. ingatkan untuk dibuat ulam. tapi sebagai makanan petang untuk di makan sambil berbual kosong di berandah.sambil  menghirup kopi kosong kaw-kaw.
katanya.
Selepas mengupas buah jering tersebut lalu direbus dalam periok berisi air  . Mak pun terus memarut kelapa tua yang telah disediakan dalam mangkuk dan mengambil sepiring gula. heran jugak ku lalu tanya lagi. rupa-rupanya semua ramuan tadi ialah untuk dimakan bersama jering yang telah direbus.
Perghhh. 
first time makan, sedap jugak. rupa-rupanya masakan yang mak buat ialah makanan masa zaman pemerintahan jepun. sebab dulu susah nak dapatkan makanan.begitulah ceritanya..

CARA MEMBUAT KUIH LENGGANG





Kuih lenggang memang sinonim di sarawak. cara membuat nya memang senang dan mudah.Ia merupakan kuih tradisional orang melayu dan emak-emak kita memang sering membuatnya jika ada tetamu dan keraian.
Ambil sebiji kelapa tua, belah dua untuk di parut. lebih klasik lagi guna pemarut manual.

parut sampai licin. nanti membazir




selesai sudah. masak kan nyiur parut tadi dalam kuali dan di campur dengan gula apong/melaka/nira.gaul sampai masak dan berbau harum



untuk membuat lapis untuk mengulung kuih tersebut. bancuh tepung gandum dan untuk mencantikkan lagi warna , masuk kan pewarna  dan perisa pandan. masuk kan dalam kuali kecil yang tak pakai minyak.



goyang sikit agar bancuhan tadi rata



dah masak . keluarkan dan masukkan nyiur yang telah dimasak bersama gula apong tadi di tengah lapisan kiuh tadi. gulung dengan senyuman.
dah selesai. hilang satu bahagian kuih tersebut. jumpa dalam mulut.
sila cuba resepi tradisional.mudah dan ringkas.

KEBERKATAN REZEKI


Mencari keberkatan rezeki seseorang berpunca daripada bagaimana dan caranya ia mendapatkannya.
Islam tidak melarang kita mencari kekayaan dan berusaha keras supaya dapat membelengu kita daripada perkara yang kita hindari iaitu kemiskinan. Kemiskinan dapat mencairkan iman muslim kepada Tuhannya.

Rezeki yang halal akan menjadi ibadat kita jika tidak melanggar hukum dan niat murni.Rezeki yang berkat daripada titik peluh kita sendiri bukanya orang lain. Jangan kita menunggu dan meminta sedekah sedangkan tubuh kita sihat walafiat.Perbuatan tersebut sungguh hina dan amat memalukan.

Rasulullah S.A.W bersabda” Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang di hari kiamat nanti tanpa secebis daging pun di mukanya” Nauzubillah. Jauhilah kita daripada sikap tersebut.

Sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah S.W.T. berikan kepada kita, baik banyak atau sedikit.Dengan bersyukur dapat menjadikan rezeki kita berkat dan di tambah oleh Allah . S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang serta makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang”

Masyaallah.

Semoga amalan bersedekah dan bersyukur   dalam mendapatkan rezeki halal dibukakan  jalan kepada kita   oleh Allah S.W.T.