Tuesday, May 17, 2011

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MALAYSIA DINODAI ZIONIS LAGI



 Misi bantuan kemanusiaan Malaysia dengan menggunakan kapal MV Finch sekali  lagi di ganggu oleh pihak zionis dengan menembak kapal tersebut dengan senjata yang cangih di perairan Gaza. Mungkin mereka ada agenda tersendiri untuk menghalang penghantaran bantuan tersebut. Namun tindaktanduk mereka hendaklah kita awasi dan di Kutuk dengan sekeras-kerasnya pencabulan Israil terhadap bantuan kemanusiaan kita.

Tahniah kepada 12 kru  dan penumpang  MV Finch yang terselamat daripada  serangan  oleh askar israil. Keberanian dan usaha murni awak semua patutlah dicontohi dan dipuji.

Kita seharusnya melangkah dengan lebih berani dalam memberi bantuan kemanusiaan walaupun kita seringkali cuba digagalkan daripada merealisasikan impian murni kita mengenai negara bergolak iaitu Palestin. Negara islam yang seringkali ditindas dengan kejam dan rakus oleh pihak Israil hendaklah kita kutuk sekeras-kerasnya agar Israil belajar menghormati kedaulatan dan kehormatan negara yang berdaulat dan merdeka.

Dimana kuasa dunia yang didakwa melindungi hak kedaulatan sejagat.Di mana suara AMERIKA.

Hanya doa dan harapan daripada kita, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kepada Misi bantuan kemanusiaan Ke Gaza agar sentiasa dibawah jagaan Allah dan selamat sampai ke destinasi tersebut iaitu Palestin, Negara Berdaulat .

No comments:

Post a Comment