Wednesday, June 15, 2011

Makanan tidak Halal. Dna Babi.(HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce)


Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi.
Sebagai Pengguna Muslim. Jauhkan dari membeli barangan tersebut.
KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
Sebagai pengguna muslim, kita hendaklah peka dan arif mengenai pemakanan kita seharian. Namun Pengeluar hendaklah bertanggungjawab dan sensitif mengenai makanan halal. Pihak Kerajaan patutlah dipuji mengenai masalah tersebut dan mengambil tindakan serta merta mengenai masalah makanan yang tidak halal. Sekatan dan pemantauan hendaklah dilakukan dengan berterusan.Syabas.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

No comments:

Post a Comment