Wednesday, April 18, 2012

Pencalonan Imam Muda Musim ke 3(2012)

 

Adakah Muhammad Hasbullah Md Najib, Alumni UNIMAS yang juga mantan YDP MPP sesi 2009/2010 bakal dinobatkan sebagai IMAM MUDA musim ke -3, 2012 ?. Beliau yang baru saja terpilih sebagai Ketua Alumni UNIMAS Zon Selatan pada 17 Mac 2012 yang lalu adalah antara 25 orang calon yang terpilih daripada pemohon-pemohon seluruh negara.

Muhammad Hasbullah Md Najib bukan sahaja melepasi kriteria kelayakan iaitu

1. Lelaki Muslim
2. Umur 18 hingga 30 tahun
3. Warganegara dan BUKAN warganegara Malaysia
4. Fasih berbahasa Melayu
5. Mempunyai latarbelakang agama Islam yang baik

Beliau juga telah melepasi ujian berikut:


Peringkat 1 : Bacaan AL-Fatihah, surah lazim dan ayat tebuk
Peringkat 2
 : Ujian Bertulis
Peringkat 3
 : Ujian Personaliti, Ujian IQ dan Pengucapan awam


Beliau akan ke kem pemilihan Imam Muda Musim ke-3 selama seminggu pada 22 April 2012 ini dan daripada situ hanya 10 orang yang akan dipilih sebagai peserta Imam Muda Musim ke-3 yang akan bersiaran di Astro 106.

"Doakan saya, " ujar beliau yang akan menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen UNIMAS pada bulan Oktober 2012 ini.

Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia. Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintergriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin dalam masyarakat.

Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

Imam Muda disiarkan di saluran Astro Oasis (106)
INFO

Muhammad Hasbullah Md Najib


Tarikh lahir:
 19 November 1988
Asal: 
Kluang, Johor 
Adik beradik:
 Anak pertama daripada tiga beradik
Hobi:
 Membaca, bersukan dan bermain gitar
Pengajian:
 Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia (Tahun Tiga)

Pencapaian: 

- Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2009/2010
- Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Zon Sarawak
- Mewakili kumpulan nasyid UNIMAS ke Festival Nasyid Kemerdekaan
- Pengerusi Jawatankuasa Surau Kolej Bunga Raya Unimas 2008/2009
- Setiausaha Kelab Bola Baling UNIMAS 2008/2009

sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Personaliti_MisiAnakTokPenghulu/Article/print_html

No comments:

Post a Comment