Showing posts with label SENI. Show all posts
Showing posts with label SENI. Show all posts
Monday, February 13, 2012
PROJEK PERTAMA UJUNG MINGGU
Projek yang ingin disiapkan bila ada masa terluang.
setelah bermandi peluh , mengergaji plywood (tebal jugak rasanya) dan di sambung -sambung. maka terbinalah sebuah rak kasut Hand Made jenama sendiri.
Bahagian dalam jugak telah di cat semula dengan cat syelek kayu.Cuma bahagian kegunaan hendaklah kita reka. Kanan(untuk kasut dan selipar) dan kiri (apa-apalah)
kalu di lihat daripada hadapan , hancem jugak projek Hand Made aku.tapi belum di cat lagi.
siap jugak akhirnya dan telah dirasmikan. puas jugak melihat. Mungkin projek Hand Made aku kali ini boleh dikatakan untuk senaman ringan. Sebab tak pernah nak pergi bersenam. tunggu lagi projek Hand Made aku kedua. COMING SOON, INSYAALLAH.
Monday, June 20, 2011
VIAGRA 50 dan cara menggunakanya.
Banyak kegunaan nya bagi orang yang ingin deras dalam hayunan daripada biasa. tapi banyak keburukan dan kesannya kepada jantung. Jantung lemah jangan sekali-kali guna.
tapi di opis saya selalu guna. sebagai tempat letak pin kertas.banyak faedah nya jika tahu cara penggunaanya.
Sunday, May 29, 2011
MENGENANG KEHEBATAN P.RAMLEE

Pada 29 Mei 2011,Genap 36 tahun Seniman Agung, Tan Sri P.Ramlee meninggal dunia.Namun semua karya seninya tak pernah jemu dan lihat walaupun beratus-ratus kali. Kehebatannya tiada tolok bandingan nya dan sehingga kini masih tiada penganti yang setanding dengan kehebatannya.Bagi seniman seangkatan dengan nya, mungkin hari tersebut mereka akan mengimbau kembali kenangan bersama P.Ramlee, ada juga mengadakan majlis tahlil dan sebagainya.
P.Ramlee akan terus menjadi ikon kepada generasi muda . Kita boleh Tanya dengan budak , siapakah tak kenal P.Ramlee.Semua lakonannya menjadi tauladan dan nasihat secara tidak langsung kepada generasi kita , generasi baru supaya mengambil pengajaran dan tunjuk ajar walaupun di dalam filem.
Filem Seniman Bujang Lapok, Pandekar Bujang Lapok,Labu-Labi, Nasib Labu-Labi,Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, dan banyak lagi.
Kita boleh hafal setiap dialog yang dilafaz oleh P.Ramlee.
Penghargaan terus diberi kepada Allahyarham Seniman P.Ramlee daripada kerajaan Negeri Sarawak Iaitu Darjah Utama Yamg Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009.
Kehebatannya patutlah kita ingati dan sanjungi sehingga mengharumkan nama bangsa melayu sendiri dan Malaysia di mata dunia.
Al Fatihah , mohon disedekahkan kepada Allahyarham Seniman P.Ramlee semoga ditempatkan dalam golongan yang Berjaya dunia dan akherat. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)










