Tuesday, June 21, 2011

Ruangan Iklan Untuk Anda

RM20 untuk 3 helai SHAWL!!!!!!!!!!

PROMOSI...PROMOSI..PROMOSI....
bulan JUNE dah makin nak menamatkan diri...pada yang berminat nak beli shawl..dapatkan shawl chiffon dan shawl plain(jorjet) pada harga RM20 untuk 3 helai...tawaran berakhir hingga akhir bulan ini sahaja!! cepat!! NO PREORDER taken for these opportunity.... siapa cepat die dapat!!!!!!!!!!
KLIK HERE
or copy paste this link

http://enichanshawl.blogspot.com
promosi JUNE masih belum berakhir...buy 5 free 1..(untuk shawl pakistani, pelangi dan tanpa pelangi)
dan lagi best bila saya akan amik any preorder
(untuk shawl pakistani, pelangi dan tanpa pelangi) dari sahabat-sahabat semua jika ada stok yang sahabat sekalian berkenan tetapi telah sold out..bagi melaksanakan tujuan ini..sudilah kiranya anda memberi nama dan kod yang ingin di preorder itu..untuk stok yang masih ada...saya akan hantar terus ke mana sahaja alamat yang diberikan...

so tunggu ape lagi...JOM! check it out...
KLIK HERE
or copy paste this link

http://enichanshawl.blogspot.com

NO DIFFICULT PROCEDURES
NO POSTAGE FEE

just sms me..
suhaini
0175380701

Mohon Bantuan Daripada Anda


Rumah Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap.

Oleh yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, jemputan atau sumbangan.

RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA 
No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai,
68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor, 
Telefon : 017-9354323 (UMI) 
AKAUN MAYBANK : 164799096868 (Fatmah Husin).

FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/Rumah-Perlindungan-Al-Nasuha/154619704566002

Kami sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Terima kasih, atas sokongan dan perhatian anda.

Monday, June 20, 2011

VIAGRA 50 dan cara menggunakanya.


Banyak kegunaan nya bagi orang yang ingin deras dalam hayunan daripada biasa. tapi banyak keburukan dan kesannya kepada jantung. Jantung lemah jangan sekali-kali guna.


tapi di opis saya selalu guna. sebagai tempat letak pin kertas.banyak faedah nya jika tahu cara penggunaanya.

Minuman Super Power



rasa letih lah badan hari ini. dengan tak semena-mena cari-carik dalam beg ada satu minuman tu. kecik je bungkusan.Perghhh lihat nama. memang power. try dulu le. memang power lah lepas minum segelas. rasa segar semula badan yang letih tadi. ni mesti si penangan air Super Power. best lah.

Marilah kita caj badan kita dengan minuman yang power ini. try dulu. baru rasa power.
Super Power memang power kaw kaw kaw

Sunday, June 19, 2011

TAHNIAH, UNIMASKU YANG GEMILANG...





Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) disenaraikan antara 200 Universiti terbaik di Asia oleh QS World University Ranking 2011 baru-baru ini. Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan bahawa faktor Universiti muda dan terpencil dari arus permodenan bukan mejadi alasan untuk Unimas berdiri setanding dengan universiti terbaik yang lain di Asia.

Berita baik ini telah disampaikan sendiri oleh Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid. Menurut beliau, penganugerahan  ini merupakan hasil daripada usaha warga Unimas yang sentiasa memberi tumpuan khusususnya dalam meningkatkan profil Universiti itu di peringkat antarabangsa.

Dalam masa yang sama, aktiviti penyelidikan yang aktif serta peningkatan kualiti pada setiap usaha sama yang dijalankan turut menyumbang kepada penganugerahan ini.

“Kita telah memberi tumpuan terhadap kualiti dalam semua aspek Core Business kita. So sebab itu kita telah melihat dari segi Bench-Mark kita setiap apa yang kita buat, melihat kepada pencapaian yang dibuat oleh Universiti-Universiti lain. Jadi syukurlah dengan usaha kita selama tiga tahun lepas telah membuahkan hasil. Very pleasant surprise for us. Actually we don’t expect. Alhamdulillah” kata Prof. Datuk Dr. Khairuddin Hamid
Tambah beliau, Unimas kini dalam rangka untuk menjadikan Universiti itu sebagai  salah sebuah Universiti penyelidikan di negara ini menjelang 2015.
“Jadi, fasa seterusnya adalah untuk mencapai kecemerlangan. Mulai sekarang hingga tahun 2015, matlamat kita adalah untuk mencapai kecemerlangan dengan kata lain untuk mencapai status Universiti penyelidikan pada tahun 2015.
Beliau berkata sedemikian ketika merasmikan Majlis Ikrar Pelajar Pusat Pengajian Pra-U UNIMAS. Untuk pengambilan sesi kedua ini, seramai 611 pelajar telah dipilih daripada 10, 000 yang memohon untuk mengikuti program asasi sains.
Jumlah ini juga telah meningkat lebih 50 peratus jika dibandingkan dengan jumlah kumpulan pertama pada tahun lepas, hanya seramai 260 orang pelajar. Peningkatan jumlah ini  telah mebuktikan bahawa program asasi sains Unimas ini dikenali oleh masyarakat dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakan di kalangan ibu bapa.

Kebanyakan pelajar yang ditemui  melahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program asasi sains di UNIMAS, walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga.

“Ini merupakan kali pertama saya datang ke sarawak dan saya berharap saya akan dapat belajar dengan baik dan dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di sini”, kata Nor Eizzah Lia Mohd. Nafi, pelajar Program Asasi Sains Hayat.
Bagi Mohd. Iqbal pula, terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Pra-U UNIMAS merupakan pengalaman yang paling menyeronokan.
“Datang ke Sarawak seorang diri memberikan saya satu pengalaman yang menyeronokan kerana apa yang saya dapat adalah saya dapat pergi ke satu tempat yang baru, saya dapat belajar untuk berdikari, belajar jauh daripada kluarga, untuk mencapai cita-cita saya sendiri” katanya.

Wednesday, June 15, 2011

Cara Pendawaian Semula Modenas Jaguh 175cc (Projek MJ edisi Satu)

 Setelah dawai di keluarkan dan di touch up dan dikemaskan oleh Pro.ONE DAY, Nampak masih serabai tapi tak pe. baru mula.
 INILAH DIA,Tulang Belakang yang Pro ONE DAY, dan berkemahiran dalam pendawaian semula . idup jaguh

belum lagi dipasang pendawaian
 ikatan pendawaian dikemaskan

 Penyambungan daripada bahagian hadapan (lampu hadapan , signal, hon,cdi, kabel plug)






Perlu dipasang dengan teliti agar tidak memberi kesan kepada arus elektrik motosikal agar tidak liking.
 dekat nak siap dipasang.
Setelah 4 jam bertarung dengan wayar. akhirnya engin modenas jaguh dapat dihidupkan. berkemungkinan pendawaian dahulu salah di sambung. Namun punca sebenar dapat di kesan dan akhirnya tiada masalah mengenai bila motor sedang berjalan, engin mati dan dapat dihidupkan dengan meng on kan kunci semula . barulah dapat menghidupkan motor tersebut.
namun  ada satu lagi masalah iaitu tanki penuh karat.dan akan disambung dalam projek akan datang.
TERIMA KASIH , PRO (ONE DAY) ATAS USAHA DAN AKHIRNYA BERJAYA.
MAJULAH SUKAN PERMOTORAN

Makanan tidak Halal. Dna Babi.(HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce)


Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi.
Sebagai Pengguna Muslim. Jauhkan dari membeli barangan tersebut.
KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
Sebagai pengguna muslim, kita hendaklah peka dan arif mengenai pemakanan kita seharian. Namun Pengeluar hendaklah bertanggungjawab dan sensitif mengenai makanan halal. Pihak Kerajaan patutlah dipuji mengenai masalah tersebut dan mengambil tindakan serta merta mengenai masalah makanan yang tidak halal. Sekatan dan pemantauan hendaklah dilakukan dengan berterusan.Syabas.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sunday, May 29, 2011

Jawatan kosong di Pustaka Negeri Sarawak

cepat cepat jangan leka lagi, berusaha....caiyo

Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
2. Penolong Akauntan Gred W27

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan hendaklah beserta dengan butir-butir peribadi (curriculum vitae) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050 Kuching

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Jun 2011

I JUNE, GAWAI BERMULA


PERAYAAN GAWAI
GAWAI SECARA UMUMNYA MERUJUK KEPADA PESTA MENUAI YANG DI SAMBUT OLEH MASYARAKAT IBAN,BIDAYUH DAN ORANG ULU DI SARAWAK MENANDA TAMATNYA MUSIM MENUAI PADI.
Antara jenis Gawai ialah gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan yang terkenal iaitu Gawai Antu.
Pesta Gawai di sambut dengan besar-besaran di Sarawak dan di sertai dengan persembahan tarian seperti tarian Ngajat, minuman tuak, sejenis arak daripada beras.
Jom Ngabang, biasanya bila kita hendak pegi menziarahi rumah kawan –kawan dan sahabat handai yang menyambut hari Gawai bermaksud bertandang.
Kalu nak melihat dengan meriah pesta Gawai diraikan , pergilah ke rumah panjang contohnya Sri Aman, Betong , Kanowit, Julau, Simanggang dan banyak lokasi lain. Sungguh meriah . bermacam aktiviti seperti pertandingan karoeke, Ratu Kumang Gawai, masakan tradisional dan banyak lagi yang akan diraikan bila kita berkesempatan bertandang  ke lokasi mereka.
Kebiasaannya gadis –gadis cantik berpakaian tradisional akan meraikan tetamu bila kita ngabang ke rumah panjang. Sudah pastinya tuak akan dihulurkan. Namun sekarang tetamu yang tidak meminum tuak akan diganti dengan air minuman bergas seperti coke dan lain-lain.

Yang Penting , di waktu perayaan , DON’T DRINK & DRIVE

MENGENANG KEHEBATAN P.RAMLEE




Pada 29 Mei 2011,Genap 36 tahun Seniman Agung, Tan Sri P.Ramlee meninggal dunia.Namun semua karya seninya tak pernah jemu dan lihat walaupun beratus-ratus kali. Kehebatannya tiada tolok bandingan nya dan sehingga kini masih tiada penganti yang setanding dengan kehebatannya.Bagi seniman seangkatan dengan nya, mungkin hari tersebut  mereka akan mengimbau kembali kenangan bersama P.Ramlee, ada juga mengadakan majlis tahlil dan sebagainya.
P.Ramlee akan terus menjadi ikon kepada generasi muda . Kita boleh Tanya dengan budak , siapakah tak kenal P.Ramlee.Semua lakonannya menjadi tauladan dan nasihat secara tidak langsung kepada generasi kita , generasi baru supaya mengambil pengajaran dan tunjuk ajar walaupun di dalam filem.
Filem Seniman Bujang Lapok, Pandekar Bujang Lapok,Labu-Labi, Nasib Labu-Labi,Do Re Mi, Laksamana Do Re Mi, dan banyak lagi.
Kita boleh hafal setiap dialog yang dilafaz oleh P.Ramlee.
Penghargaan terus diberi kepada Allahyarham Seniman P.Ramlee daripada kerajaan Negeri Sarawak Iaitu Darjah Utama Yamg Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak yang membawa gelaran Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009.
Kehebatannya patutlah kita ingati dan sanjungi sehingga mengharumkan nama bangsa melayu sendiri dan Malaysia di mata dunia.
Al Fatihah , mohon disedekahkan kepada Allahyarham Seniman P.Ramlee  semoga ditempatkan dalam golongan yang Berjaya dunia dan akherat. Amin.