Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, October 29, 2012

Pensyarah UNIMAS menghasilkan Gula daripada Sagu

Hasil daripada Penyelidikan pensyarah Prof.Madya Dr Kopli Bujang dan rakannya Prof. Emeritus Dr.Ayaaki Ishizaki dari Universiti Kyushu telah menghasilkan gula daripada pohon sagu yang sudah sinonim dengan sarawak. Pohon sagu di hasilkan dijadikan tebaloi, embuyat, sagon dan lain2.
Kajian bermula tahun 1999 dan laporan pertama diterbitkan dalam Laporan tahunan IC Biotech Universiti Osaka pada tahun 2000.
Melalui proses berteknologi tinggi selama 4 jam(hidrolisis menggunakan enzim keatas kanji sagu /90 darjah Selsius)  1KG SAGU = 1KG GULA
 SAGU yang telah diproses
 gula seharian kita

pohon sagu
Penemuan terbaru dalam menghasilkan gula sagu dalam meningkatkan nilai ekonomi negara .

Wednesday, April 18, 2012

Pencalonan Imam Muda Musim ke 3(2012)

 

Adakah Muhammad Hasbullah Md Najib, Alumni UNIMAS yang juga mantan YDP MPP sesi 2009/2010 bakal dinobatkan sebagai IMAM MUDA musim ke -3, 2012 ?. Beliau yang baru saja terpilih sebagai Ketua Alumni UNIMAS Zon Selatan pada 17 Mac 2012 yang lalu adalah antara 25 orang calon yang terpilih daripada pemohon-pemohon seluruh negara.

Muhammad Hasbullah Md Najib bukan sahaja melepasi kriteria kelayakan iaitu

1. Lelaki Muslim
2. Umur 18 hingga 30 tahun
3. Warganegara dan BUKAN warganegara Malaysia
4. Fasih berbahasa Melayu
5. Mempunyai latarbelakang agama Islam yang baik

Beliau juga telah melepasi ujian berikut:


Peringkat 1 : Bacaan AL-Fatihah, surah lazim dan ayat tebuk
Peringkat 2
 : Ujian Bertulis
Peringkat 3
 : Ujian Personaliti, Ujian IQ dan Pengucapan awam


Beliau akan ke kem pemilihan Imam Muda Musim ke-3 selama seminggu pada 22 April 2012 ini dan daripada situ hanya 10 orang yang akan dipilih sebagai peserta Imam Muda Musim ke-3 yang akan bersiaran di Astro 106.

"Doakan saya, " ujar beliau yang akan menerima segulung ijazah pada Majlis Konvokesyen UNIMAS pada bulan Oktober 2012 ini.

Imam Muda adalah sebuah konsep siri pencarian televisyen yang dihasilkan oleh Astro bertujuan mencari IMAM muda yang terbaik di Malaysia. Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintergriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin dalam masyarakat.

Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.

Imam Muda disiarkan di saluran Astro Oasis (106)
INFO

Muhammad Hasbullah Md Najib


Tarikh lahir:
 19 November 1988
Asal: 
Kluang, Johor 
Adik beradik:
 Anak pertama daripada tiga beradik
Hobi:
 Membaca, bersukan dan bermain gitar
Pengajian:
 Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia (Tahun Tiga)

Pencapaian: 

- Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS 2009/2010
- Jurucakap Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan Zon Sarawak
- Mewakili kumpulan nasyid UNIMAS ke Festival Nasyid Kemerdekaan
- Pengerusi Jawatankuasa Surau Kolej Bunga Raya Unimas 2008/2009
- Setiausaha Kelab Bola Baling UNIMAS 2008/2009

sumber :http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Personaliti_MisiAnakTokPenghulu/Article/print_html

Minta Pendapat , Boleh Percaya Ke? Terima Kasih


 Protect Your Account

 May2u. 
 to:
 undisclosed-recipients:;
 04/19/2012 10:42 AM
 

We have checking account billing information as part of our ongoing effort to protect your account and our relationship, we monitor your account for possible fraudulent activity.

As a result, we require you to confirm and verify your account information By Clicking Here and completing the confirmation process.If you spot a transaction you don't recognise call us immediately on
603-7844 3696 as soon as possible.

Thank you,
Malayan Banking Berhad (Maybank)

Tuesday, March 6, 2012

PEMBUATAN RUMAH IDAMAN YANG BEGITU SINGKAT (14 HARI SAHAJA)

 lantai yang telah sediaada dan siap untuk diletakkan
 Tiang rumah utama
 Struktur dinding yang telah ditempah berdasarkan plan rumah dan saiz yang kita kehendaki.Proses hanya menggunakan kren untuk memasang.  


 beam rumah
 rangka modul untuk sesebuah rumah pasangsiap.menggunakan besi



 Pagar pasangsiap juga digunakan.




dan hasilnya siap sebuah rumah idaman. anggaran kos dalam rm 200k.Hanya memakan masa 2 minggu untuk menyiapkannya.
Sesiapa yang berminat untuk melihat model rumah tersebut boleh pergi di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.Jalan Sultan Tengah, Semariang.Kuching , Sarawak.

Thursday, February 16, 2012

TAKLIMAT DAN AMANAT NAIB CANSELOR, UNIMAS

 Mendengar taklimat dan amanat daripada N.C UNIMAS,Prof.Datuk Dr.Khairuddin Ab.Hamid

suasana dan pemandangan di bahagian dalam Dewan De tar,kampus kota Samarahan.
Visi UNIMAS
Untuk menjadi sebuah universiti contoh serta diiktiraf di peringkat antarabangsa,
dan institusi pengajian tinggi yang menjadi pilihan utama golongan pelajar,
dan akademik melalui,
pencapaian cemerlang dalam pengajaran, penyelidikan dan,
kesarjanaan.
Misi UNIMAS
Untuk menjana, menyebar dan menerap ilmu secara strategik dan
inovatif bagi memperkasakan kualiti budaya bangsa dan
kemakmuran masyarakatnya.

Wednesday, February 15, 2012

Ustaz Don

Assalamualaikum, 
30 minit bersama Ustaz Don memang bagus kita lihat , segala kemusykilan mengenai agama islam,
walaupun singkat,
ilmu dakwah yang diterapkan dan diperterangkan begitu mantap dan berkesan.
insyaallah, berkesan di hati kita,
RAJIN-RAJINLAH KITA TENGOK TV AL HIJRAH.
Terima kasih.
ps: kalu tak silap ustaz Don berada di Majlis Islam , Kuching pd 16hb dan 17hb Febuari 2012.
Manakala 18hbdan 19hb Febuari  berada di Kota Samarahan.

Tuesday, February 14, 2012

KEHADIRAN WAJIB

Pengumuman semua
Di minta semua staf kakitangan PKP diwajibkan hadir di kampus, kota samarahan.
Mendengar taklimat dan amanat daripada N.C yang di hormati ,

Bersedia dan bukak minda . supaya amanat tersebut dapat di realisasikan dalam aspek perkhidmatan.

Insyaallah.

Thursday, February 9, 2012

aku ingin kembali lagi..........

assalamualaikum semua........

aku ingin kembali lagi.....

Tuesday, June 21, 2011

Mohon Bantuan Daripada Anda


Rumah Perlindungan Al Nasuha memberi perlindungan kepada anak-anak yatim, miskin dan terbiar. Kami juga menjaga ibu-ibu tunggal dan gadis-gadis terlanjur. Ditubuhkan atas dasar dan kewajipan bagi mengambil tanggungjawab diatas golongan yang berkenaan. Kami tiada sebarang penaja dan tidak mempunyai penyumbang dana yang tetap.

Oleh yang demikian kami sangat memerlukan simpati, sokongan dan sumbangan dari anda semua. Sila terus hubungi kami untuk sebarang program, jemputan atau sumbangan.

RUMAH PERLINDUNGAN AL NASUHA 
No. 5, Jalan GP 3/3 , Taman Gombak Permai,
68100, Pinggiran Batu Caves, Selangor, 
Telefon : 017-9354323 (UMI) 
AKAUN MAYBANK : 164799096868 (Fatmah Husin).

FACEBOOK http://www.facebook.com/pages/Rumah-Perlindungan-Al-Nasuha/154619704566002

Kami sangat berbesar hati menerima sumbangan, sokongan dan simpati dari anda sekelian. Kami sangat berterima kasih dan berharap agar khidmat bakti ini mendapat keberkatan Allah SWT.

Terima kasih, atas sokongan dan perhatian anda.

Monday, June 20, 2011

Minuman Super Power



rasa letih lah badan hari ini. dengan tak semena-mena cari-carik dalam beg ada satu minuman tu. kecik je bungkusan.Perghhh lihat nama. memang power. try dulu le. memang power lah lepas minum segelas. rasa segar semula badan yang letih tadi. ni mesti si penangan air Super Power. best lah.

Marilah kita caj badan kita dengan minuman yang power ini. try dulu. baru rasa power.
Super Power memang power kaw kaw kaw

Sunday, June 19, 2011

TAHNIAH, UNIMASKU YANG GEMILANG...





Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) disenaraikan antara 200 Universiti terbaik di Asia oleh QS World University Ranking 2011 baru-baru ini. Pengiktirafan ini sekaligus membuktikan bahawa faktor Universiti muda dan terpencil dari arus permodenan bukan mejadi alasan untuk Unimas berdiri setanding dengan universiti terbaik yang lain di Asia.

Berita baik ini telah disampaikan sendiri oleh Naib Canselor Unimas, Prof. Datuk Dr. Khairuddin Abdul Hamid. Menurut beliau, penganugerahan  ini merupakan hasil daripada usaha warga Unimas yang sentiasa memberi tumpuan khusususnya dalam meningkatkan profil Universiti itu di peringkat antarabangsa.

Dalam masa yang sama, aktiviti penyelidikan yang aktif serta peningkatan kualiti pada setiap usaha sama yang dijalankan turut menyumbang kepada penganugerahan ini.

“Kita telah memberi tumpuan terhadap kualiti dalam semua aspek Core Business kita. So sebab itu kita telah melihat dari segi Bench-Mark kita setiap apa yang kita buat, melihat kepada pencapaian yang dibuat oleh Universiti-Universiti lain. Jadi syukurlah dengan usaha kita selama tiga tahun lepas telah membuahkan hasil. Very pleasant surprise for us. Actually we don’t expect. Alhamdulillah” kata Prof. Datuk Dr. Khairuddin Hamid
Tambah beliau, Unimas kini dalam rangka untuk menjadikan Universiti itu sebagai  salah sebuah Universiti penyelidikan di negara ini menjelang 2015.
“Jadi, fasa seterusnya adalah untuk mencapai kecemerlangan. Mulai sekarang hingga tahun 2015, matlamat kita adalah untuk mencapai kecemerlangan dengan kata lain untuk mencapai status Universiti penyelidikan pada tahun 2015.
Beliau berkata sedemikian ketika merasmikan Majlis Ikrar Pelajar Pusat Pengajian Pra-U UNIMAS. Untuk pengambilan sesi kedua ini, seramai 611 pelajar telah dipilih daripada 10, 000 yang memohon untuk mengikuti program asasi sains.
Jumlah ini juga telah meningkat lebih 50 peratus jika dibandingkan dengan jumlah kumpulan pertama pada tahun lepas, hanya seramai 260 orang pelajar. Peningkatan jumlah ini  telah mebuktikan bahawa program asasi sains Unimas ini dikenali oleh masyarakat dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakan di kalangan ibu bapa.

Kebanyakan pelajar yang ditemui  melahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program asasi sains di UNIMAS, walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga.

“Ini merupakan kali pertama saya datang ke sarawak dan saya berharap saya akan dapat belajar dengan baik dan dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di sini”, kata Nor Eizzah Lia Mohd. Nafi, pelajar Program Asasi Sains Hayat.
Bagi Mohd. Iqbal pula, terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Pra-U UNIMAS merupakan pengalaman yang paling menyeronokan.
“Datang ke Sarawak seorang diri memberikan saya satu pengalaman yang menyeronokan kerana apa yang saya dapat adalah saya dapat pergi ke satu tempat yang baru, saya dapat belajar untuk berdikari, belajar jauh daripada kluarga, untuk mencapai cita-cita saya sendiri” katanya.

Wednesday, June 15, 2011

Makanan tidak Halal. Dna Babi.(HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce)


Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi.
Sebagai Pengguna Muslim. Jauhkan dari membeli barangan tersebut.
KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
Sebagai pengguna muslim, kita hendaklah peka dan arif mengenai pemakanan kita seharian. Namun Pengeluar hendaklah bertanggungjawab dan sensitif mengenai makanan halal. Pihak Kerajaan patutlah dipuji mengenai masalah tersebut dan mengambil tindakan serta merta mengenai masalah makanan yang tidak halal. Sekatan dan pemantauan hendaklah dilakukan dengan berterusan.Syabas.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu.

Sunday, May 29, 2011

Jawatan kosong di Pustaka Negeri Sarawak

cepat cepat jangan leka lagi, berusaha....caiyo

Permohonan adalah dipelawa daripada warga negara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27
2. Penolong Akauntan Gred W27

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan hendaklah beserta dengan butir-butir peribadi (curriculum vitae) yang lengkap dengan memberi keterangan tentang kelayakan, pengalaman, salinan sijil-sijil berkaitan dan sekeping gambar berukuran passport ke alamat:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PUSTAKA NEGERI SARAWAK
Jalan Pustaka, Off Jalan Stadium
Petra Jaya, 93050 Kuching

Tarikh Tutup Permohonan : 6 Jun 2011

I JUNE, GAWAI BERMULA


PERAYAAN GAWAI
GAWAI SECARA UMUMNYA MERUJUK KEPADA PESTA MENUAI YANG DI SAMBUT OLEH MASYARAKAT IBAN,BIDAYUH DAN ORANG ULU DI SARAWAK MENANDA TAMATNYA MUSIM MENUAI PADI.
Antara jenis Gawai ialah gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Mangkung Tiang, Gawai Manang dan yang terkenal iaitu Gawai Antu.
Pesta Gawai di sambut dengan besar-besaran di Sarawak dan di sertai dengan persembahan tarian seperti tarian Ngajat, minuman tuak, sejenis arak daripada beras.
Jom Ngabang, biasanya bila kita hendak pegi menziarahi rumah kawan –kawan dan sahabat handai yang menyambut hari Gawai bermaksud bertandang.
Kalu nak melihat dengan meriah pesta Gawai diraikan , pergilah ke rumah panjang contohnya Sri Aman, Betong , Kanowit, Julau, Simanggang dan banyak lokasi lain. Sungguh meriah . bermacam aktiviti seperti pertandingan karoeke, Ratu Kumang Gawai, masakan tradisional dan banyak lagi yang akan diraikan bila kita berkesempatan bertandang  ke lokasi mereka.
Kebiasaannya gadis –gadis cantik berpakaian tradisional akan meraikan tetamu bila kita ngabang ke rumah panjang. Sudah pastinya tuak akan dihulurkan. Namun sekarang tetamu yang tidak meminum tuak akan diganti dengan air minuman bergas seperti coke dan lain-lain.

Yang Penting , di waktu perayaan , DON’T DRINK & DRIVE