Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Tuesday, October 23, 2012

STEVIA vS GULA


mungkin kita tak biasa minum air tanpa letak gula putih......
untuk penjagaan kesihatan kita...inisiatif agar dapat menganti gula dengan sesuatu yang manis jugak...tapi kesan terhadap tubuh badan kita ...rendah.
 
amalkan pengambilan air putih dengan banyak dan minum kopi dan teh dengan kadar kemanisan yang rendah.
cobalah produk ini....STEVIA 

Friday, October 19, 2012

Hari Kelima Terakhir (2kg Hilang/4 hari)

seperti biasa selepas balik dari tempat kerja terus ke Klinik Bustari.Selama 4 hari mengikuti program kesihatan bersama Dr Bustari. Banyak jugak ilmu dan tip yang di ambil daripada Dr.Bustari.
Semoga dapat diamalkan dan diajar kepada orang yang nak tahu perihal makanan seimbang dan kesihatan sendiri. Tepuk dada tanya badan.
 
hari terakhir program tersebut. saya bersama Dr Bustari pada sebelah pagi. Dr Bustari telah mengambil alat penimbang badan. dan bagaikan tidak percaya berat badan hilang 2 kg.
 
Kalu dingatkan bukan senang nak mengurangkan berat badan selama 4 hari /2kg. alhamdulillah. Program Kesihatan bersama Dr Bustari berjaya dan insyaalah akan terus menggunakan makanan tambahan Herbalife tersebut.
Tahniah dan jutaan terima kasih atas usaha Dr Bustari kerana banyak membuka mata saya sendiri mengenai penjagaan kesihatan dan langkah2 awal penjagaan kesihatan. walaupun kita tahu badan kita semakin gemok dan tiada tindakan awal di ambil. maka jangan salahkan orang. Walaupun kita banyak duit ...tapi badan kita tidak dijaga mengenai kesihatan. macam mana jadinya.

Hari ketiga dan keempat

Seperti biasa mengamalkan minum air yang banyak ikut kemampuan. Ini disebabkan betapa tubuh kita memerlukan air untuk sistem pengkumuhan,aliran darah, usus dsb. BETAPA PENTING AIR UNTUK TUBUH BADAN KITA SEPERTI ISI DAN KUKU.umpamanya.


Pengetahuan kita mengenai kalori dalam makanan seharian kita amatlah penting dan berguna. Kemampuan badan kita iaitu metablisma membakar lemak dalam badan kita tidak sama. Dan Pengambilan Healthy Breakfast amat penting dan berguna.

Nota : Jika kita sayangkan badan , maka bertindaklah sekarang.Dan janganlah kita terlambat kerana jika penyakit dah bertandang , maka lampu WARNING dah bernyala.Maka tindakan kita menjadi singkat dan terhad.

Thursday, October 11, 2012

Hari 2......(Program kesihatan bersama Dr Bustari)

Seperti biasa, selepas balik daripada pejabat , terus  pergi Kelas Dr Bustari.Tapi keadaan hujan renyai pada petang.....cubaannnn....

seperti biasa , minuman perisa vanila pulak.......rasa boleh tahan....
bahagian dalaman kelas Dr Bustari
Dr Bustari sedang menyediakan minuman daripada Produk Herba Life.....
 ruang dalam kelas.....menyenangkan
Ruang dalam kelas.....banyak ilmu yang kita dapat dalam pemakanan dan diet. Banyak tips daripada Dr Bustari sendiri secara langsung dan berinteraksi.
banyak kan minum air putih (4-6 liter/perhari)kalu dapat lah.....

Wednesday, October 10, 2012

Hari 1 (program kesihatan) bersama Dr Bustari Eddie

Hari 1

Selepas balik kerja 5.00pm ...terus ke Klinik Bustari, Jalan Semariang.(Belakang Sukma).
Selepas menghubungi Dr Bustari yang telah sedia menunggu....di tingkat satu. Sungguh tenang dan penuh dengan info penting mengenai produk herba life dan orang yang pernah menggunakan produk tersebut.
Selepas duduk dan bersembang... Dr bustari bangkit dan membuat sejenis minuman ...rasanya seperti teh cina...tapi boleh diminum dan tekak ku tidak menolak rasa air tersebut.  (lebih kurang 3 liter)

selepas itu ....Dr Bustari  membuat satu lagi minuman blended perisa capucino...perghhhh. kaw-kaw rasanya....


Blended copucino memang mengenyangkan , sebagai ganti makan malam. sepanjang duduk di tempat Dr Bustari, dah 4-5 kali ke tandas. berkocak air dalam perut.

dengan semangat dan harapan membara untuk mengurus perut dan badan ...... nasihat daripada Dr Bustari....mengatakan bahawa berat badan jika tidak di kawal dan maintain akan timbul sakit seperti darah tinggi, kencing manis, jantong dan lain-lain lagi.

jam dah 7.30pm ......balik dan luar hujan renyai2.....singgah solat maghrib dn isyak di Masjid Sukma.

Ok.  jumpa lagi hari kedua nanti.........


http://dreamlifemalaysia.com



Tuesday, February 15, 2011

Minuman Ber gas (Aik Me Cess)

Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran dijangka akan menyediakan garis panduan (Datuk Rosnah Abdul Rasid  Shirlin, Timbalan Menteri kesihatan berkata;)
bagi kantin sekolah termasuk melarang menjual minuman berkarbonat berjenama minuman bertenaga di sekolah.Berdasarkan kajian pakar mendapati kandungan utama minuman berkarbonat (setiap 325 mililiter) dan bertenaga mengandungi gula (20-40gram) yang dikategori tiada khasiat untuk kita.
Namun kita leka dan memandang rendah mengenai pemakanan dan minuman yang berkhasiat untuk kesihatan kita.Kalau waktu perayaan, boleh dikatakan setiap rumah (contohnya di Kuching) akan menghidangkan minuman berkarbonat kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Sikap begini hendaklah di ubah . Kita boleh hidangkan air yang di bancuh sendiri dan kita dapat mengawal kandungan gula tersebut. Sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan pengambilan gula kita dalam minuman seharian.

Pendapat saya, kita hendaklah menyokong usaha kerajaan demi menjaga kesihatan kita. Usaha daripada rumah (keluarga) juga teramat penting, di mana info-info kesihatan dititikberatkan terutamanya di kalangan kanak-kanak. Pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang termasuk meningkatkan berat badan yang menyebabkab kegemukan.

Pengambilan  berlebihan minuman bertenaga dikatakan akan menyebabkan pelbagai penyakit antaranya Kencing manis.

sila renung-renungkan, wahai sahabat ku.