Monday, February 7, 2011

TEBALOI SARAWAK (Pohon sagu)

pohon sagu
Pohon sagu kebanyakannya di tanam sebagai penganti nasi oleh masyarakat melanau satu masa dulu.Daripada pohon sagu lah berbagai makanan dapat dihasilkan oleh masyarakat melanau iaitu, tebaloi,ambuyat,sagu, tepung sagu dan lain-lain lagi.
Tebaloi, merupakan makanan rutin atau boleh dikatakan sebagai ganti nasi lah untuk masyarakat atau bangsa melanau yang bermastautin di Sarawak.Masyarakat peribumi sarawak tersebut kebanyakannya tinggal di bahagian sibu.Tebaloi di buat daripada pohon sagu. iaitu batang sagu akan di proses dengan bebarapa peringkat dan dapatlah di buat tebaloi.(berbentuk snek)

Ambuyat
Salah satu  menu yang lain daripada pohon sagu ialah ambuyat, dikenali juga sebagai linut bagi sesetengah kawasan. Biasanya ambuyat di makan bersama asam payak yang dicampurkan bersama belacan dan cili (dibuat pencecah). cop stick biasanya digunakan untuk mengambil ambuyat daripada mangkuk yang disediakan. untuk di makan lah.Cara membuat nya ialah:
Tepung sagu di gaul dengan air yang tak berapa panas.(suam-suam panas) sampai jadi likat.(semacam gam)
Tebaloi
Tebaloi, sekarang telah diproses dalam berbagai rasa(snek),diproses secara tradisional, menggunakan tepung sagu, kelapa parut segar dan gula. adunan tadi di bakar diletakkan atas daun pisang.Perisa Tebaloi dapat di dapati dalam rasa stawberri, coklat, pandan dan rasa biasa.Pembungkusan dan pengkotakan yang menarik telah diperkenalkan untuk menarik minat pengemar makanan tersebut.
Jenis tebaloi
 perisa strawberri

 perisa pandan

perisa coklat
Produk tersebut di atas ialah daripada
Usahawan Bimbingan IATM,(Industri Asas Tani dan Makanan)Jabatan Pertanian & FAMA Sarawak.

3 comments:

  1. makan jak2 keja bloger tok, sik da keja lain................

    ReplyDelete
  2. ada info cdak pengeluar/pengilang d mukah ka? -info mnarik!

    ReplyDelete
  3. sy nk try la buat ambuyat tu sendiri tp nk buat kuah cicah lain la...

    klu sudi follow la blog sy yg tak seberapa ni hatimamaz.blogspot.com

    ReplyDelete