- Perbanyakakan membaca AL QURAN iaitu kalamullah. Terdapat ganjaran yang besar jika kita membaca al quran.walaupun dengan membaca satu ayat.Masa yang paling sesuai ialah selepas solat lima waktu.
- Biasa diri kita dengan berwuduk.Berkatnya air wuduk tersebut akan menjadikan jiwa kita tenang dan relax.
- Selalulah berdoa kepada ALLAH yang maha pengasih dan penyayang.Kita boleh berdoa pada waktu-waktu mustajab iaitu malam jumaat(kliwon),sewaktu sujud dalam solat, dsb.
- Bersangka baik dengan PENCIPTA, setiap ujian dan musibah yang berlaku ada hikmahnya.
- Perbanyakan solat sunat, ia akan mendekatkan kita kepada ALLAH dan merasakan keagunganNYA.
- Bersukan akan menjadikan badan kita sihat.kita akan lupakan masalah yang dihadapi kerana dengan bersukan bersungguh menjadikan kita tidak memikirkan apa yang berlaku.
- Hendaklah saling memaaf sesama manusia. Kita memang mudah melakukan kesilapan kerana manusia bersifat lemah. Oleh menjadi pemaaf akan memberi impak kepada seseorang itu.
- Tahu kelemahan diri masing-masing . Janganlah kita memberi jawapan ya, boleh bos dll jika kita tahu kita sendiri tidak mampu untuk melakukan,meneruskan,membawa dll. untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
"renung-renungkan sahabat ku"
No comments:
Post a Comment