Tuesday, March 8, 2011

Kampong Bako

Kampong Bako
Perkampongan Bako telah wujud ratusan tahun dahulu. Perkampongan Bako merupakan kampung melayu di mana rutin perkerjaan mereka ialah   dengan menangkap ikan di laut. Ketika dahulu mereka merupakan pelaut yang terkenal. Mahir menangkap ikan daripada sungai hingga ke laut. Jika tidak ke laut , pekerjaan kedua mereka ialah bercucuk tanam.
Hasil tangkapan nelayan akan mereka hasilkan seperti ikan masin,pekasam,rusip,cencalok. bubuk di jadikan bahan asas untuk membuat belacan Bako dan cencalok (terkenal di Kuching)



Tangkapan obor-obor juga ketika dulu memang cukup terkenal. Kalau dulu, dapat di lihat kilang membuat obor-bor masin yang di usahakan oleh penduduk kampung tersebut (En. Mos). 
Hasil obor-obor yang telah di masinkan telah di eksport hingga ke Jepun. Kalau di lihat , dokumentari mengenai pemprosesan obor -obor sering di mainkan di kaca televisyen.
Kini, Kampong Bako telah berubah wajah, di mana banyak kemajuan dan pembangunan telah dibangunkan oleh kerajaan Negeri.Sekolah telah dibangunkan di kawasan kampung tersebut. Kalau kita nak sampai ke kampong bako, dari jauh dah kita nampak Masjid yang terletak tengah-tengah  Bukit, belakang kampong tersebut.

 
setelah selesai menangkap ikan , pendaratan perahu bersusun di tepi pantai kampong Bako.



Selalunya hasil tangkapan akan dijemur di jungkar (tempat menjemur ikan masin)
 
ketika air surut


pemandangan daripada hadapan kampong Bako



jika hendak ke kampong Bako, kita mendarat dulu setelah menaiki sampan dan kita akan melalui tempat seperti di atas



Sungai kelihatan tenang , jangan di sangka tiada buaya.... bahaya






 
MENEGAR BUBOK 
tempat inilah digunakan oleh nelayan untuk menangkap bubok iaitu bahan penting untuk membuat belacan Bako. Tempat tersebut dipanggil jungkar dan proses menangkap bubok di panggil NEGAR.


 
MENEGAR BUBOK




menaiki sampan ketika menziarahi saudara mara di Kampong Bako.
SignBoard ke Kampong Bako

Kampong Bako memang meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis kepada penulis . Namun kenangan tersebut mematangkan diri ini mengenai kehidupan yang serba mencabar ini.
HIDUP KAMPONG BAKO

1 comment:

  1. buaya disungai bako ini pernah membaham budak sekolah pada tahun 2010

    ReplyDelete