Wednesday, April 27, 2011

Cara Penanaman kacang bendi

 kalu P.Ramle cakap kacan Brandy. tapi diperbetulkan oleh Saloma , salah tu bang, kacang Bendi.

Marilah kita bersama menghijaukan bumi kita dan secara tidak langsung menjimatkan kos membeli sayuran di samping dapat berbakti kepada tanah.lagipun kita sendiri tahu tahap penggunaan baja atau tidak. kita sendiri yang menanam nya. Ini ialah langkah-langkah yang mungkin boleh menjadi pedoman.
Kacang bendi kalu dibuat ulam , perghhhh. cecah sambal belacan lagi sodap

CARA PENANAMAN KACANG BENDI      
Keperluan tanah dan air
P.H Tanah 
5.5 – 6.5( kalu ada penyukat tanah le, kalu tak de tak pe le)

Pembajaan
Tinggi, Berikan baja setiap 2 minggu.(pastikan baja organik iaitu tahi ayam,dll)
Air
Tinggi.
:
Ukuran
Kedalaman biji  ¼”Kedalaman akar               
:
 4’ – 7’
Tinggi

 Jarak Tanaman
18”
Panduan Mengutip Hasil
Tuai buah apabila ianya masih muda dan lembut.  Biasanya dalam 2” – 3 “ panjang.  Bendi perlu dituai sekerap mungkin untuk mengelakkannya dari menjadi tua.  Jangan biarkan bendi tua di atas pokok melainkan anda ingin mendapatkan benih.  Ini adalah kerana buah bendi yang tua akan menghalang pokok dari terus mengeluarkan hasil.
 
 Percambahan
:
95%  : 5 - 13 hari
Mengutip Hasil
40 – 55 hari

Cara-cara menjahit sliper atau kasut sendiri




langkah yang perlu bila hendak menjahit selipar atau kasut
sediakan rim basikal yang terpakai.potongkan dua bahagian untuk membuat jarum utk menjahit. kayu dipotong untuk menjadi pemegang jarum jahit tersebut.
setelah ditajam bahagian muncung besi tersebut.dengan kikir, gergajikan sedikit ditepi jarum untuk dijadikan pengait tali.(digunakan untuk menarik tali jahitan)
setelah kita sediakan jarum, pisau dan benang(benang tali raket badminton)yang tahan sekali . Barulah kita mulakan kerja untuk menjahit.Ini asas yang penting sekali.

Buat lurah di bahagian bawah selipar agar jahitan nampak kemas dan tahan.pastikan cucuk jarum dengan lurus dan kesannya ialah jahitan kita akan kemas dan teratur.
jarum yang keluar selepas dicucuk tersebut akan dikait bersama cangkuk jarum dan ditarik kebawah.
tali tersebut akan diikat ketat sebanyak 2 @ 3 kali agar ketat. gunakan playar.

lakukan jahitan pada semua yang bermasalah. pastikan lurah dibuat dahulu di bawah selipar atau di tepi agar nampak kemas bila hendak menjahit.




Wednesday, April 20, 2011

Makanan Beridentiti Sesuatu Tempat

Jika kita pergi ke satu-satu tempat, sinonim kita di dedahkan dengan makanan spesial di tempat tersebut.
Yang pasti makanan tersebut menjadi perhatian dan kegemaran orang.
Pasal harga mungkin kita tak kisah sangat tapi jangan lah melampau sangat.
Penting juga , asal kenyang perut dan berkhasiat(penting jugak :-) )
 tak sah kalu tak merasai semua makanan tesebut. tapi ikut selera kita lah


 mee kompua spesial , di atas ditaruh telur goreng dan ayam di masak stim. 
berselera melihat nya.

  mee kompua biasa

minum petang, karipap bersoskan kuah dalca,
kuih cakoi bersoskan sos cili

 makanan umai , kalu di makan bersama nasik panas, perghhhh

nasik goreng edisi sibu,sedap gak

Monday, April 18, 2011

KUASA DAN SUARA RAKYAT DI SARAWAK


Keputusan Keseluruhan PILIHANRAYA Sarawak Ke-10
KUCHING,SARAWAK 16 APRIL :
BN menang 55 kerusi - 372,379 undi
DAP menang 12 kerusi - 134,847 undi
PKR menang 3 kerusi - 117,100 undi
Bebas menang 1 kerusi - 20,064
SNAP (0)- 15,663
PAS (0) - 9,719
PCM (0) - 2,897
Jumlah keluar mengundi : 628,854
Peratus keluar mengundi : 70 peratus
Bilangan undi ditolak : 8,224
DUN majoriti tertinggi : N45 Bukit Assek - 8,827 undi
DUN majoriti terendah : N65 Senadin - 58 undi
Jumlah calon hilang deposit : 71 orang

HARAPAN:
Kepada wakil rakyat yang telah menang dalam pilihanraya di ucapkan tahniah. Apa janji yang telah di buat hendaklah dikotakan dan janganlah ada alasan -alasan yang tidak munasabah dilontarkan apabila kehendak rakyat belum dipenuhi.
ikhlas dan jujur dalam mendukung amanah rakyat. Janganlah berat sebelah dan sambil lewa dalam memperjuangkan hak rakyat, khasnya di SARAWAK.

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

Pembangunan yang telah dan sedang dijalankan hendaklah di upgrade kan .terutamanya di kawasan luar bandar dan bandar juga tidak terkecuali. Mungkin sesetengah kampung di kawasan bandar berkehendakan pembanngunan seperti parit yang baik, keadaan surau dan masjid untuk kemudahan orang tua  dan OKU.
Mungkin wakil rakyat seperti penghulu dan ketua kampung yang tidak produktiv dan tidak menjalankan tugas dengan betul sebagai suara orang kampung hendaklah disemak dan diberi ilmu untuk memimpin. 
Suara rakyat janganlah dipandang remeh. Buktinya suara rakyat inilah yang bangkit dan Barisan Nasional dipilih untuk mendokong dan mengaplikasikan impian rakyat untuk menuju rakyat gemilang, dan terbilang.

SEKALI LAGI , BERSATU KITA TEGUH, BIAR KITA AMPUH,DARIPADA ANASIR JAHAT, MENJADIKAN KITA MEREMPAT.

Monday, April 4, 2011

Hala tuju kiblat anda

http://www.qiblalocator.com/ 
hala tuju kiblat apabila kita hendak bersolat amat penting.
sebagai muslim , arah kiblat untuk kita solat dan menghadap ALLAH yang maha ESA amat penting,
tak kira di mana kita berada, kalu malu bertanya sesat jalan, 
layari lah laman web yang dapat memberi kita tunjuk arah solat kita.