Showing posts with label Resepi hari ini. Show all posts
Showing posts with label Resepi hari ini. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Masakan tradisional(Buah Jering)

Petang tu , ku lihat mak mengupas buah jering. ingatkan untuk dibuat ulam. tapi sebagai makanan petang untuk di makan sambil berbual kosong di berandah.sambil  menghirup kopi kosong kaw-kaw.
katanya.
Selepas mengupas buah jering tersebut lalu direbus dalam periok berisi air  . Mak pun terus memarut kelapa tua yang telah disediakan dalam mangkuk dan mengambil sepiring gula. heran jugak ku lalu tanya lagi. rupa-rupanya semua ramuan tadi ialah untuk dimakan bersama jering yang telah direbus.
Perghhh. 
first time makan, sedap jugak. rupa-rupanya masakan yang mak buat ialah makanan masa zaman pemerintahan jepun. sebab dulu susah nak dapatkan makanan.begitulah ceritanya..

CARA MEMBUAT KUIH LENGGANG





Kuih lenggang memang sinonim di sarawak. cara membuat nya memang senang dan mudah.Ia merupakan kuih tradisional orang melayu dan emak-emak kita memang sering membuatnya jika ada tetamu dan keraian.
Ambil sebiji kelapa tua, belah dua untuk di parut. lebih klasik lagi guna pemarut manual.

parut sampai licin. nanti membazir




selesai sudah. masak kan nyiur parut tadi dalam kuali dan di campur dengan gula apong/melaka/nira.gaul sampai masak dan berbau harum



untuk membuat lapis untuk mengulung kuih tersebut. bancuh tepung gandum dan untuk mencantikkan lagi warna , masuk kan pewarna  dan perisa pandan. masuk kan dalam kuali kecil yang tak pakai minyak.



goyang sikit agar bancuhan tadi rata



dah masak . keluarkan dan masukkan nyiur yang telah dimasak bersama gula apong tadi di tengah lapisan kiuh tadi. gulung dengan senyuman.
dah selesai. hilang satu bahagian kuih tersebut. jumpa dalam mulut.
sila cuba resepi tradisional.mudah dan ringkas.

Wednesday, April 20, 2011

Makanan Beridentiti Sesuatu Tempat

Jika kita pergi ke satu-satu tempat, sinonim kita di dedahkan dengan makanan spesial di tempat tersebut.
Yang pasti makanan tersebut menjadi perhatian dan kegemaran orang.
Pasal harga mungkin kita tak kisah sangat tapi jangan lah melampau sangat.
Penting juga , asal kenyang perut dan berkhasiat(penting jugak :-) )
 tak sah kalu tak merasai semua makanan tesebut. tapi ikut selera kita lah


 mee kompua spesial , di atas ditaruh telur goreng dan ayam di masak stim. 
berselera melihat nya.

  mee kompua biasa

minum petang, karipap bersoskan kuah dalca,
kuih cakoi bersoskan sos cili

 makanan umai , kalu di makan bersama nasik panas, perghhhh

nasik goreng edisi sibu,sedap gak

Thursday, March 10, 2011

penyet edisi SCR

baru kini dapat merasa ayam penyet edisi SCR
boleh tahan juga rasanya
terima kasih atas kawan yang belanja makan
kalu nak belanja lagi
makan dengan segelas kopi panas, perghhh.
lupa hutang sekeliling pinggang. ...sebagai contoh

Wednesday, February 2, 2011

makan berkhasiat


nampak sedap,
sampai terlior,
dah makan, nak lagi ?
makanan berkhasiat ?
nak cuba, nak rasa?
pergh,,, lapar nya 

pais bubuk Bako (geragau)





Pais bubuk Bako (ikan geragau)

sediakan semangkuk besar bubuk(telah dibersihkan),dan dikukus
5 batang cili merah
1 batang serai(potong halus)
3 ulas asam payak
3 biji limau belacan
setelah bahan tadi digaul rata dan masukkan bubuk ,
gaul sebati dan hidangkan.
makan bersama nasi panas, perah limau belacan di atas hidangan tadi.

Tuesday, February 1, 2011

makanan orang kampung





makanan pembuka selera
Sambal asam orang kampung
buah asam digunakan ialah asam mbang( nama sarawak),
di potong sederhana besar,
ambil belacan dan pusuk(ikan bilis) serta cabik idup (cili),
ditumbuk dalam lesungbatu,
setelah bahan tadi di tumbuk dan gaul dengan buah asam yg telah dipotong,
gaul....gaul.....gaul......pusing........pusing.....gaul.....dah puas,
hidangkan dalam mangkuk,
makan dengan nasi panas,
perghhhhhh.......
Petua: nak hilangkan pedas, tambah gula secukup rasa.
komen: makanan ni tak perlu pengalaman memasak.