Showing posts with label KEBESARAN MU. Show all posts
Showing posts with label KEBESARAN MU. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Bismillah....
Kerja Malaikat
Setiap malaikat ada tugas mereka tersendiri.
Ada yang ditugaskan menurunkan menurunkan hujan. Ada yang ditugaskan mencatit amalan manusia. Ada yang ditugaskan menjaga Mekah dan Madinah daripada Dajal.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:
إن لله ملائكة سياحين يبلغوني عن أمتي السلام
"Sesungguhnya Allah memiliki MALAIKAT yang bertebaran (di bumi) , MENYAMPAIKAN SALAM kepadaku daripada ummatku" [Musnad Ahmad 6/183]

Tugas kita adalah berselawat kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Tidak perlu kita ambil tugas malaikat. Mereka pasti akan sampaikan selawat yang kita sendiri sebutkan.
Lebih pasti, cepat dan dijamin sampai.

Berusahalah untuk memperbanyakkan berselawat kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Semoga Allah berikan rahmat kepada kita.
~Ust Abu Anas~


ALLAHUMMASALLIA'ALA MUHAMMAD

sabda Nabi Muhammad SAW: 
barangsiapa yang bersalawat kepada ku 10x pagi dan 10x petang , maka ia akan beroleh syafaat ku pada hari Kiamat.

Wednesday, November 19, 2014

Smoga kita ditempatkan dalam hamba-hamba nya yang sentiasa bersyukor dengan apa yang ada. Janji Allah itu benar dan pasti....redho dengan ketentuan yang Allah berikan....Allah yang lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui......itulah ciri-ciri hambanya yang beriman kepada Hari Akherat.
Perbanyakkan bersedekah dan ikhlas dalam apa jua pun.....pasti kita akan tuai hasil nya nanti di sana.....

Monday, October 22, 2012

BUNGA MENYERUPAI ANAK BURUNG yang bertelur ....SUBHANALLAH.....

 walaupun bunga nya tiada mempunyai bau.
 bunga yang tumbuh seakan2 anak burung yang bermain di kelopak daun tersebut. dan ada lagi bunga kecil seperti telur burung. Subhanallah.....kebesaran ALLAH untuk makhluknya....








 memang seakan2 anak burung ...ada kepala dan ekor sekali.....
Ps: Subhanallah.......

Wednesday, February 15, 2012

RENUNGAN KITA BERSAMA

Bersiapsediakah kita, wahai teman semua
tepuk dada tanya IMAN,
TAKWA , akhiran ku

Thursday, May 26, 2011

PERISTIWA LUCU TAPI SEDIH

PERISTIWA LUCU TAPI SEDIH
Sahabat saya seorang Imam masjid,pendakwah dan juga seorang jurunikah di  salah satu qariah di Ampang Selangor menceritakan satu kisah lucu tetapi menyedihkan di satu majlis pernikahan yang baru dia sempurnakan minggu lepas di sebuah masjid.
Biasalah sebelum memulakan akad nikah jurunikah akan meminta bakal suami membaharui syahadah  nya dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Maka bakal suami ni mula nak melafazkan syahadah tetapi nampak terkial kial Dia  asyik toleh ke kiri dan ke kanan seolah olah nak  minta bantuan dari orang sebelah tetapi mungkin malu.
Dengan teragak agak dia pun mula melafazkan syahadah dengan sebutan yg lintang pukang telo, bahasa Bangla.Jurunikah pun hairan dan berkata dalam hati, rakyat Malaysia kah orang ini? Apabila diperiksa Kad Pengenalan memang sah orang Melayu.
Berkali kali jurunikah  ajar dia mengucap dgn betul tetapi tak boleh juga dia sebut dengan betul.Macam mualaf aje.Lama kelamaan  jurunikah kata tak apalah dulu, lalu minta dia cuba lafazkan erti syahadah dalam bahasa Malaysia.Ini terjemahan dua kalimah syahadah yang di lafazkan si bakal suami itu “SAJA AKU MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH DUA RAKAAT KERANA AULLAH”.Jurunikah tersentak kerana tak pernah jumpa hal macam ini.
Para hadirin tidak boleh tahan lalu ketawa besar walaupun sedar mereka sedang berada di dalam dewan masjid.Sahabat saya pun (jurunikah tu) nak ketawa juga tetapi dgn susah payah menahannya.Dia kata memang lucu tetapi sedih kerana sudah pasti di luar sana ada lebih ramai lagi pemuda saperti ini yang tidak reti mengucap . Renung renung lah…………
Daripada: Amri el Wahab

Sebagai kesimpulan dan pengajaran kita sebagai muslim dan umat islam. Janganlah kita sering mempersendakan sesuatu yang kita tak tahu ujung pangkal. Kalu boleh , hendaklah kita bimbing dan tunjuk bagaimana caranya.Kita sepatutnya sedih bila melihat dan memahami peristiwa di atas.sebab ia memang benar-benar berlaku di dalam masyarakat kita sekarang ini.Kalimah shadah melanggar batang hidung pun kita tak kenal. Bagaimana kita hendak mengucap bila nyawa kita di hujung kerongkong waktu sakaratullmaut. NAUZUBILLAH.
Semoga kita diberi petunjuk dan hidayah agar tergolong dalam insan bertakwa, beruntung dunia dan akherat.

Wednesday, May 25, 2011

KEBERKATAN REZEKI


Mencari keberkatan rezeki seseorang berpunca daripada bagaimana dan caranya ia mendapatkannya.
Islam tidak melarang kita mencari kekayaan dan berusaha keras supaya dapat membelengu kita daripada perkara yang kita hindari iaitu kemiskinan. Kemiskinan dapat mencairkan iman muslim kepada Tuhannya.

Rezeki yang halal akan menjadi ibadat kita jika tidak melanggar hukum dan niat murni.Rezeki yang berkat daripada titik peluh kita sendiri bukanya orang lain. Jangan kita menunggu dan meminta sedekah sedangkan tubuh kita sihat walafiat.Perbuatan tersebut sungguh hina dan amat memalukan.

Rasulullah S.A.W bersabda” Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang di hari kiamat nanti tanpa secebis daging pun di mukanya” Nauzubillah. Jauhilah kita daripada sikap tersebut.

Sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah S.W.T. berikan kepada kita, baik banyak atau sedikit.Dengan bersyukur dapat menjadikan rezeki kita berkat dan di tambah oleh Allah . S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang serta makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang”

Masyaallah.

Semoga amalan bersedekah dan bersyukur   dalam mendapatkan rezeki halal dibukakan  jalan kepada kita   oleh Allah S.W.T.

Keindahan Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching, Sarawak







Kunjungilah rumah Allah sebagai tetamu, sesiapa yang berada di dalam masjid , malaikat sentiasa memohon keampunan hambanya kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Wednesday, May 11, 2011

kelebihan surah AL FATIHAH


Ya Allah, suburkan lah hati ku ini dengan bacaan ALQURAN smoga menjadi penerang dan bantengku bila di akherat nanti. Sebagai mukmin sejati sematkanlah di dalam hati agar AL QURAN segar menjadi amalan dan pegangan kita. semoga dapat menyelamatkan kita daripada api neraka. 

MISTERI SURAH AL-FATIHAH

Baca AL-FATIHAH sebanyak 14 kali sebelum tidur , kelebihannya Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
Baca AL-FATIHAH sebanyak 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:kelebihannya Melepaskan rasa sakit dalaman
Baca AL-FATIHAH 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
Baca AL-FATIHAH sebanyak 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.insyaallah dapat mengurangkan Sakit yang keterlaluan
Baca AL-FATIHAH 7 kali dan sapu ke atas kepala.Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
Baca AL-FATIHAH sebanyak 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintuSUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Amallah YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAHBuatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

Untuk supaya sentiasa AWET MUDA (dalaman dan luaran)Zikir Baca Ya Badiyah -1 kali, Ya Nur - 1 kali, Ya Hadi - 1 kali, Ya Allah – 3 kaliBaca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari. Baca juga Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Ini merupakan rawatan untuk sentiasa Nampak awet muda luar dan dalaman

InsyaAllah.........



KELEBIHAN MEMBACA AL QURAN

Bismillah
Dua amanat oleh Nabi Junjungan kita Muhamad S.A.W. iaitu kekasih yang patut kita agungkan selain daripada kekasih di dunia ini. Dua amanat itu ialah AL QURAN DAN HADIS. Tidak akan tersasar jika kita berpegang dan mengamalkan dua amanat di atas dan selamat dunia apalagi di akherat di mana tiada penolong kita pada waktu itu kecuali amal dan takwa kita.



kelebihan membaca al quran

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..

2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.

3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang

5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .

Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”

SEBAR2KAN LAH kepada keluarga,sahabat, teman,kenalan kita~~ Jangan dengar bisikan syaitan.

Tuesday, May 10, 2011

khasiat Bismillah

Mukjizat di sebalik BISMILLAH
 
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

 
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu

yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19

(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH
19 kali setiap hari. '
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


semoga ilmu yang baik dapat kita amalkan dan sebarkan kepada keluarga dan sahabat kita.  amin