Thursday, May 26, 2011

PERISTIWA LUCU TAPI SEDIH

PERISTIWA LUCU TAPI SEDIH
Sahabat saya seorang Imam masjid,pendakwah dan juga seorang jurunikah di  salah satu qariah di Ampang Selangor menceritakan satu kisah lucu tetapi menyedihkan di satu majlis pernikahan yang baru dia sempurnakan minggu lepas di sebuah masjid.
Biasalah sebelum memulakan akad nikah jurunikah akan meminta bakal suami membaharui syahadah  nya dengan melafazkan dua kalimah syahadah. Maka bakal suami ni mula nak melafazkan syahadah tetapi nampak terkial kial Dia  asyik toleh ke kiri dan ke kanan seolah olah nak  minta bantuan dari orang sebelah tetapi mungkin malu.
Dengan teragak agak dia pun mula melafazkan syahadah dengan sebutan yg lintang pukang telo, bahasa Bangla.Jurunikah pun hairan dan berkata dalam hati, rakyat Malaysia kah orang ini? Apabila diperiksa Kad Pengenalan memang sah orang Melayu.
Berkali kali jurunikah  ajar dia mengucap dgn betul tetapi tak boleh juga dia sebut dengan betul.Macam mualaf aje.Lama kelamaan  jurunikah kata tak apalah dulu, lalu minta dia cuba lafazkan erti syahadah dalam bahasa Malaysia.Ini terjemahan dua kalimah syahadah yang di lafazkan si bakal suami itu “SAJA AKU MENGUCAP  DUA KALIMAH SYAHADAH DUA RAKAAT KERANA AULLAH”.Jurunikah tersentak kerana tak pernah jumpa hal macam ini.
Para hadirin tidak boleh tahan lalu ketawa besar walaupun sedar mereka sedang berada di dalam dewan masjid.Sahabat saya pun (jurunikah tu) nak ketawa juga tetapi dgn susah payah menahannya.Dia kata memang lucu tetapi sedih kerana sudah pasti di luar sana ada lebih ramai lagi pemuda saperti ini yang tidak reti mengucap . Renung renung lah…………
Daripada: Amri el Wahab

Sebagai kesimpulan dan pengajaran kita sebagai muslim dan umat islam. Janganlah kita sering mempersendakan sesuatu yang kita tak tahu ujung pangkal. Kalu boleh , hendaklah kita bimbing dan tunjuk bagaimana caranya.Kita sepatutnya sedih bila melihat dan memahami peristiwa di atas.sebab ia memang benar-benar berlaku di dalam masyarakat kita sekarang ini.Kalimah shadah melanggar batang hidung pun kita tak kenal. Bagaimana kita hendak mengucap bila nyawa kita di hujung kerongkong waktu sakaratullmaut. NAUZUBILLAH.
Semoga kita diberi petunjuk dan hidayah agar tergolong dalam insan bertakwa, beruntung dunia dan akherat.

2 comments:

  1. HEHEHE BOLEH TAHAN JUAK CITA TOK....

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua mendapat pengajaran..
    dan semoga Allah swt membuka pintu hidayah utk kita dan semoga hidayah itu kekal bersama kita ke akhir nafas..amin
    thx for sharing

    ReplyDelete