Wednesday, May 25, 2011

KEBERKATAN REZEKI


Mencari keberkatan rezeki seseorang berpunca daripada bagaimana dan caranya ia mendapatkannya.
Islam tidak melarang kita mencari kekayaan dan berusaha keras supaya dapat membelengu kita daripada perkara yang kita hindari iaitu kemiskinan. Kemiskinan dapat mencairkan iman muslim kepada Tuhannya.

Rezeki yang halal akan menjadi ibadat kita jika tidak melanggar hukum dan niat murni.Rezeki yang berkat daripada titik peluh kita sendiri bukanya orang lain. Jangan kita menunggu dan meminta sedekah sedangkan tubuh kita sihat walafiat.Perbuatan tersebut sungguh hina dan amat memalukan.

Rasulullah S.A.W bersabda” Seseorang yang terbiasa dengan meminta-minta, dia akan datang di hari kiamat nanti tanpa secebis daging pun di mukanya” Nauzubillah. Jauhilah kita daripada sikap tersebut.

Sentiasa bersyukur kepada nikmat Allah S.W.T. berikan kepada kita, baik banyak atau sedikit.Dengan bersyukur dapat menjadikan rezeki kita berkat dan di tambah oleh Allah . S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang serta makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang”

Masyaallah.

Semoga amalan bersedekah dan bersyukur   dalam mendapatkan rezeki halal dibukakan  jalan kepada kita   oleh Allah S.W.T.

Keindahan Masjid Jamek, Petra Jaya, Kuching, Sarawak







Kunjungilah rumah Allah sebagai tetamu, sesiapa yang berada di dalam masjid , malaikat sentiasa memohon keampunan hambanya kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Sayangi kedua ibubapa


MENGHORMATI IBUBAPA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI YANG BERGELAR ANAK

Walau setinggimana sekalipun kita di mata dunia, sebagai majistret, imam, tokey besar, apalagi kita yang kerja sebagai buruh pun.Namun insan yang bergelar ibubapa hendaklah kita hormati, sanjungi dan kasihani.
Janganlah kita tega,sengaja dan rakus untuk menyakiti hati ibubapa. Namun insan yang bergelar ibu, yang mengandungkan anak selama 9 bulan, dengan kepayahan dan kesusahan,. Janganlah kita membuat mereka menjatuhkan airmata kerana hal-hal yang remeh temeh. Hal dunia. Jika berlaku demikian,kita akan dikategorikan  anak derhaka.Tidak masuk syurga jika menderhaka kepada orang tua.Tidak bahagia seseorang itu, walaupun ia warak. Tinggi amalannya, tinggi statusnya , tapi derhaka kepada ibubapa.Masyaallah. segala amalannya jadi sia-sia.
Insaflah , saudara muslimin dan muslimat. Ibubapa di mata agama sungguh tinggi darjatnya.
Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibubapa , hendaklah menjadi iktibar dan mengambil peluang ini. Dimana redha nya Allah kepada seseorang itu, berdasarkan redha nya kedua ibubapa mereka.
Al Fatihah, kepada kedua ibubapa yang telah tiada.Doa ku panjatkan agar diletakkan dalam golongan bertakwa, bahagia dan aman di sisi Allah yang maha Esa.
Bagi sesiapa yang pernah menyakiti hati orang tua. Baik ibubapa sendiri, ibubapa mertua. Harap insaflah dan ambillah satu tindakan di mana menyayangi mereka dan mendapat keredhaan mereka amat penting untuk kebahagiaan di dunia dan di akherat.
Kita pasti mati, namun tempat, masa dan ketika itu hanya di bawah kuasa Allah S.W.T.
JANGAN KITA MENYESAL DI KEMUDIAN HARI.
INGAT HARI MUDA SEBELUM TUA
INGAT SIHAT SEBELUM SAKIT
INGAT LAPANG SEBELUM SEMPIT

Monday, May 23, 2011

Tragedi Menyayat Hati Kediaman anak Yatim At Takwa

Al Fatihah, mohon disedekahkan kepada penghuni rumah anak yatim At Takwa yang telah dilanda musibah. Semuanya ialah cubaan daripada Allah.Di harap 16 keluarga mangsa bersabar dan redha dengan ketentuan Illahi. Peristiwa menyayat hati tersebut patutlah dirasai oleh semua rakyat Malaysia.Kita hendaklah memberi sumbangan dan bantuan dari segi moral dan fizikal. Rakyat  Malaysia sememangnya pemurah dan ringan tangan  bila sesuatu musibah berlaku, tak kira dimana berlaku. Semoga anak-anak yatim tersebut diletakkan dalam golongan beriman dan beruntung.
Sedih bila memikirkan tragedi tersebut ,
Di harap tragedi tersebut dapat menjadi pengajaran kepada kita dan mengambil langkah awal jika kediaman kita berada di lereng bukit dan cerun.


Tuesday, May 17, 2011

Menguap!!!, gangguan syaitan

MENGANTUK merupakan satu gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah kita lakukan dan amanahkan.Tip di bawah yang dapat kita kongsikan daripada Nabi Muhamad S.A.W untuk menanggani gangguan syaitan ketika Menguap.

HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah..' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )







FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.

2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :

      a. Berusaha menahannya sedaya upaya kita

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :

"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)

                          
b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan   tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)  

                              
c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).

                                
d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAllah.
 
Ingatlah sahabatku, selamat beramal