Thursday, February 24, 2011

SUPERGIRL 2

SuperGirl ni,
berazam nak jadi superstar(sampingan) setelah tamat pengajian,
kalu boleh dia nak berduet dengan Faizal Tahir,
dan konsert jelajah dunia,
tapi tak pe, belum ada rejeki,
kalu boleh, dia nak tolong semua orang dalam dunia ni,
makan apa saja nak di makan lah.
agar,
tak kurang makan.
k. jumpe lagi yee
supergirl: mak! minta botol susu, nak nenen.

Pangilan hangit

Setiap hari mendengar pangilan hangit daripada pembaca, 
marah, takut, menangis, meraung, nada bahasa terketar-ketar, letak telefon dengan nada marah, 
macam-macam lah,
tergelak sorang bila seorang diri dalam kereta,
tak kering gusi mendongar nya,
tunggu, 
siapa lagi yang kenaaaaaaa.

Wednesday, February 23, 2011

Cara-cara untuk membeli kereta terpakai (Second Hand) 

JIKA anda ingin membeli kereta terpakai, mungkin beberapa pertua di sini mungkin berguna bagi mengelakkan diri anda tertipu.   Dunia sekarang, peniaga sanggup melakukan pelbagai tipu helah untuk meraih keuntungan. Oleh itu, hendaklah kita berwaspada supaya anda tidak terbeli kereta terpakai yang pernah terbabit dalam kemalangan atau kereta potong.



Ketika anda membeli kereta terpakai , hendaklah kita memeriksa beberapa perkara seperti berikut:

1. Luaran : cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan). Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).

2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung (kereta potong) yang semakin popular sekarang. Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta. 


3. Enjin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya. Kita boleh periksa keadaan enjin dengan merasanya menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall enjin tanpa tukar barang dalam enjin).

4. Turunkan kereta buka bonet dan periksa enjin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena gramme atau piston ring sudah longgar. Pasangkan kembali dan cuba hidupkan kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tidak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam sudah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi). Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan. Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

5. Pemanduan : Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng.

6. Yang akhir, dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta. Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu "selamat" atau tidak.


renung-renungkan sahabat ku

FADILAT SALAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD

Fadilat berselawat ke atas Nabi.

  Allah mengampunkan dosa mereka yang berselawat ke atas Rasulullah.

  Berganda-ganda rahmat yang dilimpahkan Allah kepadanya.

  Tempat yang berhampiran Nabi Muhammad, pada hari kiamat kelak di mana saja Baginda berada.

  Keutamaan beroleh syafaat khas daripada Nabi Muhammad pada hari kiamat.

  Doa selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepadanya selama dia berselawat kepada Nabi Muhammad.

  Jaminan terpelihara dan terselamatnya daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkannya daripada perkara dunia dan akhirat.

  Habuan yang menyelamatkan dia daripada ditimpa keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat kepada Nabi Muhammad.

RENUNG-RENUNGKAN SAHABATKU

BELI LAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

TAYAR BUATAN MALAYSIA









Penting nya penggunaan tayar untuk kenderaan kita

tapi tak tahu maksud nya
tapi tak ada pada tayar kereta surung.
kereta kuda, kereta lembu,
hanya motokar dan motosikal (contohnya)
 kalu tayar dah botak, tak ada bunge, jgn lah bawak laju , up ke, kelak terusuk dalam longkang

tayar yang baik, perjalanan pun baik, mood kete pun baik,
cuma harga perlu baik juge,
tokey cine tu,
jangan cekik darah bile nak jual tayar tu, 
bila nak beli, jgn lupe check tahun bila di buat, penting tau
Beli lah TAYAR BUATAN MALAYSIA
renung-renungkan sahabat ku

Tuesday, February 22, 2011

Sunnah Rasulullah Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit




 
Cara-cara  Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing,gelisah,
lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu
melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang
yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan
pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi
dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan
yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya)
iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu
dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar
iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki,berdusta
dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail
(beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di
waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir
di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu
tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan
khianat.


KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu
sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala),
hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya
daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan
sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak
serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari
jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya
untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi)
tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka
mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar
(ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf:
179)


Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat
kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.
...Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'

sampaikan walaupun sepotong ayat sunnah Rasulullah smoga mendapat rahmat

Warning ! Alert


OOOO, orang kampung semua, ingat lah jangan lah kita lah mudah tertipu lah dengan ayat ini lah. 
Contoh: 
E.A.A.S HEADQUARTERS AMSTERDAM HOLLAND
Dear Sir/Madam

We are happy to inform you that you have won a prize money of  Four Hundred And Fifty thousand Us Dollar ($450,000.00) for the  month of (JUN)
lottery  promotion which is organized by YAHOO!.

Annually YAHOO! collects all the E-mail id's of the people that are online  on yahoo and other emails,amongs the Millions that subscribe to YAHOO! and other emails,  YOUR  E MAIL HAS WON.

                                     CONGRATULATION.

Our Winners Are Selected Through Electronic Balloting System Without The Winner Applying.We Are  Congratulating You For Being OUR WINNER Selected For This Second Random For The Year 2009.

These Are Your Winning Identification Numbers.....

  Dream number..................................Lwh 8892428
 Ticket/Lotto number.......................Lwh 27 522 465 896 6453,
 Lotto number.............................Lwh 03 19 31 32 36 40 43
 Serial number....................................Lwh 3/772/554
 Category.............................................2nd

To Begin Your Claims, Kindly Contact The Fiduciary Agent For Your Prize Barrister: Azim mohd Ngan.


    phone: (+60149268902)

Without Any Further Delay. Otherwise Your Prize Will Be Returned Unclaimed To Our National Headquarters In Holland And Will Be Donated To Charity Homes.

You Are Required To Forward To Your Agent  With The Following Details:

1.FULL NAMES...............
2.COUNTRY OF ORIGIN............
3.DATE OF BIRTH...............
4.OCCUPATION.............
5.TELEPHONE NUMBERS............
6. TICKET AND LOTTO NUMBER  ...........
7. SERIAL NUMBER .....
As soon as you contact Him He Will Advise you on the Procedure to claim your Won Prize Money Immediately.

NOTE: YOU ARE STRONGLY ADVISED TO KEEP ALL YOUR WINNING CONFIDENTIAL TILL CLAIM IS MADE TO AVOID WRONG OR DOUBLE CLAIMING.ANY BREACH OF CONFIDENTIAL DISQUALIFIES YOU FROM GETTING YOUR PRIZE.

renung-renungkan sahabat ku