Friday, March 25, 2011

Pantai Tanjung Aru, Sabah

 Sempat juga bertandang ke pantai Tanjung Aru, Sabah bersama keluarga.,
pantainya bersih dan sentiasa di pelihara daripada sampah sarap,

gambar kenangan di pantai 

 banyak terdapat pokok Ru


apa nak di fikir nembiak tok kah, ngalamun jauh

 keadaan pantai yang nyaman dan tenang

 cakkkk,  taman permainan kanak-kanak disediakan juga

 tasik yang penuh dengan teratai, view yang cantik

 mun pegi berenang , best juak di tepi laut 

kebersihan sentiasa di jaga. seorang makcik yang dengan tekun membersih di persekitaran 
pantai Aru,
terima kasih kerana menjaga dan memelihara pantai Aru agar sentiasa bersih dan bebas daripada sampah.

Thursday, March 24, 2011

pelajar Cina Cemerlang dalam Tasawwur Islam

  kejayaan dan kecemerlangan dalam tasawwur islam bukan penghalang bagi pelajar bukan islam

 
Pelajar bukan islam cemerlang dalam pelajaran Tasawwur Islam dengan mendapat A+,
bukan lagi cerita pelik yang kita dengar,
Wong Yujing, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, antara 17 pelajar di Terengganu ,
yang cemerlang dalam SPM.
Syabas dan tahniah untuk Wong Yujing. walaupun bukan pelajar islam tapi cemerlang juga dalam matapelajaran
yang jarang di ambil oleh pelajar bukan islam yang lain.

Mungkin ada rahmat dan hidayah di sebalik kejayaan yang dikecapi.

Wednesday, March 23, 2011

IKAN TODAK MUNGKAS DI SABAH

terkejut jugak bila lihat ikan todak mungkas berada di tepian laut bandar Kota Kinabalu (K.K)
besar jugak tu, 
tinggi lebih 10 kaki,
tapi itu hanyalah boleh disebut sebagai simbol di bandaraya tersebut,
SABAH, memang kaya dengan tangkapan nelayan, tak hairan lah,
ada pasar yang hanya menjual hasil tangkapan laut saja seperti ,
pusuk kering, ikan masin, gamat kering, kuda laut kering,siput kering, dll
bagi yang pernah ke KK, tahu lah keadaan dan perniagaan disitu
yang famous sekali, pasar filipin

ADAT BERJABAT TANGAN





 BERBAGAI RAGAM BERJABAT TANGAN
 Bermacam-macam ragam yang kita lihat apabila kita berjabat tangan dengan orang yang rapat, tak kenal, baru kenal, lama kenal.
Mungkin cara begini kita banyak lihat di TV.
cara sahabat lama baru berjumpa, salesman berjumpa dengan client, geng lama berjumpa geng baru dsb.
 berjabat tangan stail ini selalu kita lihat dan tonton dalam tv


 Bila lama dah tak bertemu dengan sahabat lama (10 tahun tak jumpa, nak pegi buat haji ke), macam ni lah yang kita selalu lihat.


 berjabat cara begini ialah kita menghargai sahabat@kawan, saudara seagama dsb  yang kita jumpa

 stail berjabat tangan macam ini , siapa tangan nya di atas dapat komisyen lebih, tumpang sekaki
berjabat tangan macam ni pulak, macam nak transfom jadi GABAN

HIASAN DARIPADA BARANGAN TERBUANG

 KREATIVITI DARIPADA BARANGAN TERBUANG
 Barangan terbuang sekarang boleh kita transfom menjadi bahan tarikan dan menarik
Hasil kerjatangan kreatif menjadikan barangan terbuang itu berkualiti dan berharga



 gubahan bunga teratai di air

unik

oleh itu , jangan buang botol yang telah kita guna tapi masukkan dalam tong  yang telah disediakan oleh Majlis Perbandaran atau nak duit, pegi jual di kilang yang hendak membelinya. ada jugak masukkkkk.

JANGAN LUPA MENGUNDI PADA PILIHANRAYA SARAWAK 2011

PILIHANRAYA SARAWAK 2011

Sarawak Maju Dalam Malaysia,
Barisan Nasional menjadi peneraju kita
Kemajuan dan Pembangunan semakin pesat membangun,
Perpaduan antara kaum di Sarawak , memang ketara.,
kita hidup dalam harmoni, aman  damai, bebas, tiada kekecohan yang boleh memudaratkan negara,
Namun kita janganlah lupa tentang kewajipan kita , memilih siapakah yang berhak menerajui negeri ini,
Janganlah kita tersalah langkah, terlajak perahu boleh di tarik, jika terlajak membuang undi ,
tepuk dada tanyalah SPR.


 Undi lah dengan tenang, pangkah dengan berlapang dada dan janganlah tergopoh gapah dan fikirkan masa hadapan negeri kita, anak cucu kita.



PENERAJU MENUJU WAWASAN 2020,


Semoga Sarawak Membangun Seriring WAWASAN 2020,

PILIHAN YANG TEPAT DI TANGAN ANDA SENDIRI

Tuesday, March 22, 2011

Pengemar satay

kalu nak rasa satay di kuching, memang banyak tempat yg boleh kita lawati,
satay yang biasa kita kenal di kuching ialah satay ceko, satay k.o.c, satay ayam , satay daging, dll.harga dlam 40 sen sehingga 50 sen sebatang.
nak rasa satay yang best, pergilah di Kopi O Conner (KOC). 
terdapat gerai satay yang umphhh, power. rasanya.
tak caye , gi sanee, test dulu sebatang . kalu sedap oder lagi.
Pembakaran satay cara orang dulu2, guna arang memang sedap dan aroma nya . perghhhh.

ada sesetengah tempat tu, di Kenyalang, ada satu kedai melayu, tokey nya namanya Budin.
kerje dia lepas opis hours baru start buka bisnes, tak sampai 4 jam dah abis. selain satay . ada tambahan hirisan bawang dan ketupat di sertakan. kene lagi kopi panas.  ada umphhhh.

kalu nak rasa satay ceko, pegi lah di belakang bank negara, jalan haji taha. satay situ sedap jugak.

baru-baru kamek  bertandang ke SEPITANG, SABAH, dekat pekan , pasar malam. terdapat gerai yang menjual satay iaitu satay perut lembu.(lain dari yang lain)
dagingnya  memang sedap dan lembut. harga sebatang 50 sen sahaja.satay lain dari yang lain. 


yang penting , apa yang kita makan hendaklah sedap, bersih, harga berpatutan dan halal.

Thursday, March 10, 2011

tunjukkan ku jalan

Ya Allah, Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Bimbinglah insan yang kerdil lagi hina ke jalan yang di redhai Mu,
Berkatkalah usaha kami dalam mendidik keluarga, sahabat, dan rakan taulan ke Jalan Redha Mu,
Masukkanlah kami dalam golongan yang beruntung di dunia dan akherat,
Janganlah engkau masukkan kami dalam golongan yang lalai, syirik, kufur nikmat, egoistik, materialistik,
Sesungguhnya ia merugikan kami sendiri,
Tunjukkan kami kepada Jalan Yang Menyampaikan kepada Mu, ALLAH.
amin, ya robbilalamin

penyet edisi SCR

baru kini dapat merasa ayam penyet edisi SCR
boleh tahan juga rasanya
terima kasih atas kawan yang belanja makan
kalu nak belanja lagi
makan dengan segelas kopi panas, perghhh.
lupa hutang sekeliling pinggang. ...sebagai contoh

Tuesday, March 8, 2011

Kampong Bako

Kampong Bako
Perkampongan Bako telah wujud ratusan tahun dahulu. Perkampongan Bako merupakan kampung melayu di mana rutin perkerjaan mereka ialah   dengan menangkap ikan di laut. Ketika dahulu mereka merupakan pelaut yang terkenal. Mahir menangkap ikan daripada sungai hingga ke laut. Jika tidak ke laut , pekerjaan kedua mereka ialah bercucuk tanam.
Hasil tangkapan nelayan akan mereka hasilkan seperti ikan masin,pekasam,rusip,cencalok. bubuk di jadikan bahan asas untuk membuat belacan Bako dan cencalok (terkenal di Kuching)



Tangkapan obor-obor juga ketika dulu memang cukup terkenal. Kalau dulu, dapat di lihat kilang membuat obor-bor masin yang di usahakan oleh penduduk kampung tersebut (En. Mos). 
Hasil obor-obor yang telah di masinkan telah di eksport hingga ke Jepun. Kalau di lihat , dokumentari mengenai pemprosesan obor -obor sering di mainkan di kaca televisyen.
Kini, Kampong Bako telah berubah wajah, di mana banyak kemajuan dan pembangunan telah dibangunkan oleh kerajaan Negeri.Sekolah telah dibangunkan di kawasan kampung tersebut. Kalau kita nak sampai ke kampong bako, dari jauh dah kita nampak Masjid yang terletak tengah-tengah  Bukit, belakang kampong tersebut.

 
setelah selesai menangkap ikan , pendaratan perahu bersusun di tepi pantai kampong Bako.



Selalunya hasil tangkapan akan dijemur di jungkar (tempat menjemur ikan masin)
 
ketika air surut


pemandangan daripada hadapan kampong Bako



jika hendak ke kampong Bako, kita mendarat dulu setelah menaiki sampan dan kita akan melalui tempat seperti di atas



Sungai kelihatan tenang , jangan di sangka tiada buaya.... bahaya






 
MENEGAR BUBOK 
tempat inilah digunakan oleh nelayan untuk menangkap bubok iaitu bahan penting untuk membuat belacan Bako. Tempat tersebut dipanggil jungkar dan proses menangkap bubok di panggil NEGAR.


 
MENEGAR BUBOK




menaiki sampan ketika menziarahi saudara mara di Kampong Bako.
SignBoard ke Kampong Bako

Kampong Bako memang meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis kepada penulis . Namun kenangan tersebut mematangkan diri ini mengenai kehidupan yang serba mencabar ini.
HIDUP KAMPONG BAKO

Monday, March 7, 2011

NOPENG di Sarawak

MARI MUKUN
Majlis Perkahwinan yang sering di buat di Kuching, Sarawak , sememangnya tidak sah atau sik berseri kalau tidak bermukun. Bermukun di mainkan ketika malam, bertujuan untuk berhibur bagi yang datang dan yang berkerja keras dalam menjayakan majlis perkahwinan tersebut.
Zaman Sekarang , majlis perkahwinan sudah beralih ke arah BUDAYA LAMA iaitu bermukun, kerana kesedaran mengenai budaya melayu lama ini hendaklah kita jaga dan pelihara
Pantun melayu sarawak lama  sering di mainkan oleh pemukun kita, yang tidak asing lagi di Kuching, contoh pemukun kita iaitu Pak Wa berasal daripada Kpg Iboi.Kota Samrahan.
Tanam selasih tepi perigi
rumah merah berpagar batu
hidup ini jangalah mati
ada hayat, kita bertemu

tanam kelapa, kelapa puan
ada juga kelapa bali
kalau sayang padamu tuan
kasih ku padamu tuan, siapa lagi

ini lagu serampang laut
di pakai orang setiap hari
layar dikembang, kemudi dipaut
ada masanya mencapai tepi

bukan mukun sebarang mukun
mukun diolah di tepi telaga
bukan pantun sebarang pantun
pantun kita bersuka ria


Mak gendang sedang bertukuk.

Pak wa sedang mengesek biola kesayangannya








 ramai peminat Pak Wa ni, menghayati geselan biola






lagu sedang rancak dibunyikan, pantun di alun tanda bermulanya mukun






Sidak yang sedang bertandak dengan pelbagai gaya. hilang masalah bila masuk gelangang tok. ehhhh...sampe pagi, bukak kepak, pusing...pusing...


















ahli zikir berkumpul dengan marhaban nya

ahli marhaban pihak wanita juga ada , sik mauk alah sidak tok. tapi berkat

al wakil keras, memang penting sebagai palak rumah

sanak saudara jauh dan dekat datang ziarah majlis perkahwinan tersebut


Orang penting juga tidak ketinggalan, sidak berbasuh tapak mangkok. ya maok di basuh sampai habis majlis. Sidak berbasuh kenak diberi makan dulu. energi......
ada sesetengahnya, caj cap apek lok, baru laju....mun dapat iboh cam ya


Sidak kompang juga penting untuk ngiring pengantin. tukuk 1....tukuk 2....tukuk 3... ya maok tauk ya

yang pastinya diharapkan agar setiap majlis perkahwinan yang dilangsungkan tak kira di mana ia dibuat agrar berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.
maklumat:
Sila layari pesta mukun di Radio Sarawak, Setiap Malam Ahad, setiap minggu. Semua pemukun daripada pelbagia pelusuk ceruk akan diketengahkan dalam program tersebut. Lagu dan Alunan yang dibuat dalam bentuk berbeza.